SINGGAH MELAKA PULAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

BERSIARAN sambil merendang dan mengari 😆

InsyaAllah, tunaikan hajat mak-mak 😍

Hajat Angah, Izzat tamat Diploma UNISZA dan telah melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah di UNISZA juga. Hajat Sk, Iman tamat Diploma dan bakal melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah di UTM, Hajat ibu, Cik Ani dah keluar hospital, buat sekali arung, senang.


Sambung kisah JJCM Utara, balik dari Alor Setar, singgah Kuala Ketil, tapi kak tak ada rumah. Kami singgah makan tengahari di pekan Kuala Ketil. Ambil Talapia Bakar seekor, Pari Bakar dua keping, Keli Bakar seekor, Sup Tulang semangkuk, ulam-ulaman dan sambal belacan, kari, nasi putih tiga pinggan, ais limau empat gelas, jumlahnya RM42.50. Lepas makan terus gerak ke selatan layan jem. Ingatkan nak singgah Cameron Highlands tapi hotel yang Sk telefon penuh. Tak nak dok hotel lain, kami terus ke Melaka.


Singgah bermalam di Melaka, sebelum tu pergi makan Asam Pedas Claypot sebab Hajah Mona tutup. Kami pesan dua set Asam Pedas Tetel dan satu set Asam Pedas Telur Ikan. Setiap set datang bersama nasi, sayur, sambal belacan dan telur masin.


Asam Pedas Telur Ikan untuk TTK.


Pak Inche dan Iman makan Asam Pedas Tetel. TTK tumpang sekaki sesudu.


Ayam goreng tak ada. Telur dadar wajib. TTK makan telur dari tiga jenis haiwan, telur ikan, telur ayam dan telur itik 😆 Terkejut jumlah makanan kami termasuk tiga gelas air mata kucing, RM67 🤣


Hampir jam 2 pagi baru check in hotel. Pak Inche tempah melalui telefon bilik di Noble Resort Hotel Melaka selepas gagal dapat bilik di Cameron Highlands.


Sejak kali pertama menginap di sini dulu, jatuh cinta dengan dekorasi bilik. Dinding kaca lutsinar memisahkan kamar mandi dan kamar beradu. 


Dah jam 2 pagi, tak larat nak bancuh teh apalagi kopi.


Bilik Mak Inche dan Pak Inche. 


Bilik luas dengan tema moden kontemporari.


Ini barulah Buffet Breakfast, kan. Tapi nak banding sangat pun tak boleh sebab pakejnya pun jauh berbeza.


Jamah sikit-sikit.. nasi lemak, nasi goreng dan yee mee goreng.


Banyak lagi hidangan lain seperti pelbagai jenis pembuka selera, mee sup dan tomyam. Agaknya dah hari isnin, ruang cafe pun tak ramai tetamu.


Suka tengok dekorasi meja di pintu masuk kafe yang menyerlahkan sisi Melaka Bandaraya Bersejarah yang pernah dijajah Portugis.




Lepas check out, kami ke Klebang. Ramai tapi tak penuh. Memasing tamak pesan coconut shake dan air kelapa muda seorang segelas. Terpaling tamak Pak Inche nak dua gelas air kelapa. Takpelah, sendiri bayar sendiri kembung, hehehe. 


Kami dapat check out lewat sebab check in lewat. Sedap jugak nasi lemak di Coconut Shake Klebang ni. Suka sistem di sini yang semakin mudah. Ambil makanan pilihan secara layan diri dan terus beratur untuk pesan minuman dan kemudian buat bayaran di kaunter juruwang. Kemudian bawa resit ke kaunter minuman dan ambil minuman. Mudah dan memudahkan.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah, ada sesi makan -makan keluarga ke SK ? 👍
    Seronok masing-masing tercapai hajatnya.

    ReplyDelete
  2. Kita nak repeat la jenjalan Melaka lagi..

    ReplyDelete
  3. Jangan serik ke Melaka. Singgah ke selalu..

    ReplyDelete
  4. Betul-betul JJCM.ni dari selatan-utara-selatan..
    Menarik la deco barang-barang warisan tu.comel terompahnya

    ReplyDelete
  5. Meriahnya singgah di Melaka. Itu baru singgah belum terjah banyak tempat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!