KETAM MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

TENGOK lawa-lawa pulak ketam masa singgah kat Pasar Tepi Sungai Pontian tuari. Sk pilih tiga ekor jer tapi abang tu kata, mana cukup tiga, ambillah empat, sambil tangannya capai lagi seekor ketam masuk dalam bakul. Bila dah timbang, dia kata tak cukup sekilo, ditambahnya lagi seekor, pandai betul dia punya marketing.

Selalu, hari Iman balik kolej, Sk malas nak masak. Lagipun dia ada cakap, sebelum balik nak makan Nasi Ayam Hainan di Assalam The Kedai Mamak. Tapi masa makan Udang Masak ala Leban Chondong tu, Iman tanya, tak ada ketam ke kat pasar? Sk jawab, adalah babah beli. Ingat nak masak esok tapi kamu yang kata nak makan nasi ayam. Terus dia kata, tak jadi nak makan nasi ayam 😆.


Udang dah masak sambal, ketam kenalah masak lemak pulak. Sk masak pedas-pedas manja aje. Kadang tak syok jugak makan kalau pedas sangat. Masa masak ni, kan.. ketam tu ada bau tak sedap, macam bau ubat pun ya jugak. Bila rasa kuah dia pun, ada rasa pelik. Sk masukkan daun limau purut, baru hilang bau dan rasa tu. Satu lagi,  walaupun masa beli tu nampak lawa dan berat, tapi isinya kurang kenyal. 


Sk tumbuk kunyit hidup dan cili api dalam 10 tangkai jer. Kemudian campak dalam periuk bersama serai dan masukkan sedikit air, didihkan.


Kemudian masukkan santan cair. Santan tu frozen, bila dicairkan dia macam tak sebati. Sk tambahkan lagi setengah kotak santan baru dibuka.


Barulah kuahnya nampak sebati. Lega jugak bila dah hilang bau dan rasa ubat tu. Tak tahulah, dorang ni taruk ubat ke apa, sebab dulu pernah ya.. suami Naza (kawan Sk) satu badan bengkak lepas makan udang. Bila ke klinik, doktor kata, mungkin ada ubat antibiotik diberi pad udang tu supaya segar dan tahan lama. Hurmmm.. lepas ni kalau nak beli ketam, nak kena beli yang hidup-hidup jugaklah nampaknya. Jangan sampai kena sepit lagi sudah, siang ketam hidup-hidup 🤭.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh eh..kita tengok video dia tau...geram jer kita..cari2 gak ketam kat Seremban...xde yang segar dan x banyak plak..x musim kot

    ReplyDelete
  2. Tak silap dia letk ubat yang sama macam sotong kembang tu kakk.. tu kadang ada namoak ketam isi bolat macam penuh, bila masak kecutt..

    ReplyDelete
  3. Lauk fav Cella ni..Memangvterserlah kesegaran ketam tu..Kalau kat sini sokmo jumpa yang kaki sepit dah tanggal kena ikat ngan getah...hihihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!