MASAK KARI DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

SEPATUTNYA nak masak Sambal Daging, tapi bila buka plastik cili kering habis berkulat. Tak pernah-pernah cili kering berkulat kat rumah ni. Selalu Sk simpan dalam bakul tapi yang ni Sk ikat pulak plastiknya dan biar tergantung. Tak sangka pulak boleh rosak.


Dagingnya pulak dah direndam. Baru jer rendam boleh jer sumbat balik dari esbok tapi takkan nak makan kat luar lagi?? Sepanjang minggu lepas, boleh dikatakan tiap hari makan di luar, kedai mamak jer dua kali perginya 😆. Mula nak tukar masak paprik atau masak merah tapi Iman cadangkan Kari Daging. Shiappp kari daging berkentang.


Kalau ada kari daging kena ada daging kicap. Abaikan kuali legend 🤭.


Ikan pari ni konon nak masak asam pedas, kita goreng pun sodapppp!


Daging kicap dan ikan pari goreng.
Lega tak payah keluar tapi malam tu Pak Inche ajak pergi beli Nasi Lemak CIQ.. malas nak layan 🤣.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, siap dah masak. Bolehlah kita datang makan ye SK.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah PI ni perangai sepesen dgn Bang Aji kita haha ... Kdg tu geram tau, kita dah pulun masak lepas tu dia ajak keluar ngeteh lagi. Hari yg kita malas nak masak, tak ajak pulak 😅

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha memang kaum suami tuh suka begitu. Biasanya saya akan menolak. Dah capek masak, dia pula nak makan luar 🤣. Makanya saya selalu bilang ke suami, kalo makanan hari ini tak bisa habis, saya tak akan masak esoknya. Habiskan makanan yg ini, baru saya masak lagi 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!