Assalamualaikum WBT
DUA hari ini, ibu berada di rumah Sk. Syarikat Che Li bekerja anjurkan Hari Keluarga untuk staf di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Tak dapat nak bawa ibu sebab naik bas. Tu yang semalam, Sk pergi rumah Cik Ani sebab nak ambil ibu laaa.
Lama tak buat jemput-jemput. Teringat masa pkp dulu, ia digelar welcome-welcome bila diterjemah ke Bahasa Inggeris dari perkataan jemput (datang). Padahal, jemput yang dimasudkan adalah kaedah memasukkan adunan tepung dalam minyak panas dengan cara menjemput adunan dengan jari 🤭. Tapi, Sk ni dari dulu eh tak pandai jemput guna jari sebab takut jari yang cantik tu kena minyak panas.
🤣🤣🤣
Dalam adunan jemput-jemput ni, Sk masukkan udang dihiris kecil, jagung dalam tin, cili dan daun bawang serta garam. Aisehhh.. baru teringat lupa nak masukkan bawang didadu. Gaul dulu semua bahan tadi dengan tepung gandum, kemudian barulah dimasukkan air. Guna air panas untuk dapatkan tekstur jemput-jemput yang lembut.
Tengah fikir tengahari nak masak apa 🤭.
Ooo sama kita, pagi tadi pun buat welcome-welcome sebab cucu takde, so ada masa nak jemputnya hehehehe..
ReplyDeleteAmmi pulak tak reti guna sudu kalau nak menjemput masuk kuali. Lagi terhegeh2 nak siap rasanya.
ReplyDeleteDan walaupun dijemput guna jari ammi tak panggil dia jemput2 ammi panggil cekodok, yg pisang pun cekodok.
Kita baru saja makan jemput-jemput dengan Firdaus. Dari semalam minta goreng jemput-jemput jagung 🌽🌽🌽 dgn 🍤🍤🍤.
ReplyDeletePH pulak malas nak menjemput nanti kotor tangan haha... menjemput guna sudu je 😂
ReplyDeletejemput jemput rumah saya tepung+garam+air je. kalau letak awas awas tu semua, habisla semua kena korek keluar. sakit hati tengok
ReplyDelete