TONTON FILEM WAR ON TERROR : KL ANARKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

MALAM tadi, Sk dan Pak Inche bersama keluarga rakan media Kelab Media Johor (KMJ) dan PDRM mendapat jemputan menonton filem aksi War On Terror: KL Anarki arahan Kroll Azry dan Frank See di GSC Paradigm Mall, Skudai. Ini merupakan jemputan dari Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Ling Tian Soon dan beliau sendiri turut bersama menonton semalam.

Paling teruja, turut bersama ialah Qi Razali yang membawakan watak Lang iaitu Ketua Pengganas.  Untuk rekod, War On Terror : KL Anarki ni telah mula ditayangkan di pawagam sejak 23 November lepas.


Selain tiket wayang, kami juga dapat tebus Popcorn dan minuman percuma seorang satu.


Pak Inche ni memang tak boleh diharap kalau ambilkan gambar.


Penat Sk suruh turunkan handphone tu, tetap jugaklahhhh...


Tayangan bermula jam 8.30. Tengok seat F.. matilanakkkk. Sk biasa ambil row B atau C.


Hall 3.


Makan Popcorn sorang sekotak sampai kekenyangan.


Tunggu tayangan bermula.


YB bagi ucapan alu-aluan. YB ni pandai buat lawak.


Pawagam hampir penuh. Sempit sikit seat-nya. Sk tak pasti jika row A, B dan C juga sempit. Kadang ada hall yang setiap row tu lain-lain jenis seat.


Kemunculan pelakon mendapat tepukan gemuruh. Dari kanan, Qi Razali, Hon Ka Hoe dan Samarinna Tolhip. 


War On Terror: KL Anarki
Genree: Aksi, Jenayah
Tarikh Tayangan: 23 November 2023
Penulis Skrip: Nazri M. Annuar
Pengarah: Kroll Azry & Frank See
Produksi: Multimedia Entertaiment


Sinopsis:

Filem War On Terror: KL Anarki mengisahkan tentang sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang (Qi Razali) telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Kuala Lipis.

Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman (Adlin Aman Ramli) dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur.

Keadaan bertambah rumit dan cemas, apabila pengganas membawa tiga van putih berasingan ke lokasi tumpuan orang ramai di Kuala Lumpur dan salah satu van membawa tebusan keluarga salah seorang pasukan khas.

Apakah terjadi seterusnya? Berjayakah pengganas ditewaskan?

Ulasan (Spoiler Alert) :

1. Sk suka dengan intro filem ini.

2. Letupan di Stesen Keretapi Kuala Lipis dah masuk berita tv tapi anggota penyiasat sampai kemudian.

2. Agak menyampah jugak bila anggota bernama Anis asyik menjerit-jerit.. Khalid! Khalid! Khalid!

3. Kenapa Anis asyik jerit Khalid? Sebab Khalid tu degil, geram betul!

4. Dahlah Sk tetap nampak Khalid (Aedy Ashraf) macam Mawi (Tentang Bulan). 🤭

5. Adegan aksi agak membanggakan. Pertama kali menonton lakonan dan menyedari kewujudan Farali Khan. Ternyata industri perfileman sudah ramai pelakon pelapis yang berbakat.

6. Apabila Zack memeluk Khalid, dah nampak dah dia punya buang tebiat (tahu nak mati). Kemudian babak Zack diekori sebuah jeep, ingat mesti Zack kena langgar.. tapi sampai dah malam, tak berlaku apa-apa, rupa-rupanya 🥹🥹

7. Anis tu suka sangat cari gaduh dengan Khalid. Khalid pulak agresif dan suka buat keputusan sendiri. Di sebalik tindakan Khalid, ada peristiwa berlaku ketika Khalid mengikut ibubapanya membeli-belah semasa dia masih kecil. Ketika ibubapa Khalid tersenyum depan pintu pasaraya menunggu Khalid mengambil troli di depan sikit sahaja, pasaraya dibom. Peliknya, Khalid masih tegak berdiri memegang troli.

8. Lepas Khalid cerita tentang traumanya pada Anis, tiba-tiba babak jadi hambar dan tidak realistik.

9. Selain ada adegan ganas, watak Joe adik Lang selalu mengeluarkan kata-kata kesat. Filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

10. Filem ini boleh dibanggakan. Marilah beri sokongan kepada filem ini dan bagi Sk ia berbaloi untuk ditonton.
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tertunggu2 juga akak review filem ni kot ada pergi tengok dengan Iman...

    ReplyDelete
  2. Tang gambar tu Kak, nasiblah En Sabar rendah, so kalau suruh dia amik, memang slim Bini dia hahahahaha.. kita baru tawu filem ni bila baca sini.. hari yang sama kita ada di depan GSC tu makan Dookki..

    ReplyDelete
  3. Agak beda dengan suami saya. Kalo dia, sukaaaa sangat difoto. Saya yg selalunya jadi fotografer dia. Tapi kadang, saya kesal Krn kalo ada pose yg dia tak sesuai, dia minta ulang sampai dia puas 🤣🤣. Memang terbalik jiwa kami berdua 😁.

    Menarik film ni. Saya belum lihat masuk ke Indonesia kah atau tak. Kalo tak, berharap nanti akan ada di Netflix.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!