MAKAN DI MINI WAK RADOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


KEJADIAN lama dah ni, bulan September tapi masih dalam tahun 2023 lagi 🤭. Tak silap masa ni Sk balik kerja, ambil Iman di kolej dan singgah di kedai makan Mini Wak Radol cawangan Kampung Melayu Kangkar Pulai.


Di Johor khususnya di Johor Bahru, Sate Wak Radol ni agak terkenal sejak Sk sekolah. Cuma, masa sekolah tu jaranglah makan Sate Wak Radol sebab kedainya di Kempas. Kalau nak makan sate, kami ke Medan Selera Pasar Borong Taman Kobena. Itupun kena tunggu ibu gaji la. Sk ingat juga, seorang abang saudara yang kami panggil Abang Enol juga kerap belanja sate setiap kali gaji 😆. Mungkin generasi sekarang ramai tak tahu, di hadapan Taman Kobena dulu ada Pasar Borong dan di depan Pasar Borong tu ada Medan Selera. Sekarang di situ sudah tersergam bangunan apartment Pulai View dan Bangunan Pekan Rabu yang merupakan lokasi Sekolah Sri (Private School).

Sekarang, banyak cawangan Sate Wak Radol ni yang dikenali sebagai Rangkaian Wak Radol dibuka. Antaranya, yang kami singgah ni la.. Mini Wak Radol. Itupun, dah singgah baru tahu. Selalu nampak orang ramai tu yang teringin nak ikut singgah sekali. Selain tu di sini juga ada kedai kopi yang menjadi trend terkini tapi masa kami datang ni tutup pulak kafenya.


Beli sate daging lima cucuk aje. Secucuk ni RM1.20. Dulu-dulu sate Wak Radol ni dikatakan paling sedap di JB.


Sk dan Mee Goreng berpisah tiada 😆.


Iman makan Nasi Goreng. Meja ni betul-betul mengadap ruang memasak. Tak menahan hidung ni asyik nak bersin aje, bau belacan kuat betul, hahahah.
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasanya kalo ke JB ini saya jadi nak wisata kuliner , temoat2 yg pernah kakak tulis 😍👍. Banyak sangat yg sedap2 saya lihat ❤️

    ReplyDelete
  2. SA memang rujuk blog SK je la kalau nak cari tempat makan kat JB, senang citer..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!