Assalamualaikum WBT
HARI Sabtu, sebelum hantar Iman balik kolej, bawa pergi sarapan dulu di Huai Heong Kopitiam di Sunway Medini. Kemudian singgah Guardian Sunway Bigbox beli barang sikit.
Iman makan Fried Kuey Teow.
Sk pesan ni..
Moonlight Fried Hor Fun
Terkesima sebentar bila ia dihantar ke meja, 'moonlight' tu istilah untuk telur mentah yang dipecahkan terus ke atas kuey teow goreng.
Nak makan ke tidak ni??? Ke... Nak minta gorengkan balik sampai telur masak?? ðŸ¤
Pak Inche yang beriya mengajak ke sini cuma makan Roti Bakar dan Telur Separuh Masak. Rugilah Pak Inche makan sikit tapi kena bayar semua sekali RM74+. Semoga walaupun rugi di dunia, tapi Pak Inche kaya di akhirat sebab tak lokek belanja anak bini makan 🤗. Mahal giler eh sarapan di Kopitiam, lain kali sarapan kat mamak aje la 😆.
Huai Heong Kopitiam ni baru lagi dibuka.
Buka setiap hari kecuali isnin, 8 pagi hingga 6 petang. Nak ke sini, waze aje Huai Heong Kopitiam ya.
Oh, tak sangka.. Sk berjaya makan telur mentah tu. Tak sampai hati nak menambah kerja chef kat dapur, pandai pesan, pandailah makan ðŸ¤. Mesti lepas ni suara Sk lunak merdu sebab makan telur mentah 🤣. Rasa macam ada ambil gambar pinggan licin tapi rupanya rasa aje macam ambil gambar, tapi tak ambil, huhuhu.
Bolehlah tarik lagu Tokti lepas ni SK 😆
ReplyDeleteAnyway, apa yg mahal sangat tu SK? Macam overpriced je huhu...
Aaa.. kita pun pelik. Lupa plak nak tengok resitnya, huhu.
Deletenampak sedap. tapi bab telur setengah masak, LM memang x pandai makan. last makan sebelum g spital lahirkan syahim 8 tahun lepas.haha..mertua memang suruh bancuh milo tambah telur mentah sblm beranak. kita mkn stgh masak pun dah nk muntah.haha
ReplyDeleteDia punya rasa melekit tu sampai petang tak hilang 😆
DeleteMak ai....leh tahan erk harga dia..sekali tax kot SK? SK makan telur mentah tu?
ReplyDeleteMencabar diri utk makan ðŸ¤
DeleteOh ternyata 'moonlight' itu telur mentah ya Mbak.
ReplyDeleteKalau disini ada juga bubur ayam yang diaduk dengan telur mentah seperti begitu. Tapi sebelumnya pedagang bubur ayam suka tanya dahulu, pakai telur mentah tau tidak? TIdak semua orang suka telur mentah...
Salam,
Betul, seeloknya ditanya dahulu customer, apa benar makan telur mentah 😆
Deletekalau kuetiaw tu panas lagi atau kuetiaw sup telan jugak la telur mentah tu kan tp aduhla mmg mentah sungguh situ ye hehehe
ReplyDeleteAlamak, telur mentah lah pulak. Pasni mesti trauma dengan menu ada moonlight tu. huhu...
ReplyDeleteOk, dah terjawab persoalan kita 😂. Dari haritu tertanya². Hahaha.
ReplyDeletefuh harga bole tahan kayangan....telur mentah tu mmg rare
ReplyDelete