MEE SIAM DUA ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SEJAK kembali menjadi pengidap eczema, banyak carian yang Sk jumpa menyatakan tentang makanan yang boleh dan tidak boleh diambil. Susah jugak sebenarnya, tapi ada jugaklah yang Sk belasah aje antaranya telur sebab apa yang Sk nampak, tak adalah naik sangat gatalnya kalau makan telur. Tapi, ada satu benda ni, kalau Sk makan, mulalah dia gatal, tau apa? Roti Gandum Penuh atau Roti Wholemeal 😆. Jadi, minggu ni dah berhenti makan, terpaksalah cari makanan lain untuk sarapan 😌.


Pagi ni pergi kantin, nampak dalam tray ada dua jenis Bihun Goreng atau arwah abah dulu panggil Mee Siam. 23 tahun kahwin, Pak Inche sebut Bihun kadang Mihun. Aaa.. janji faham sudah 😆. Kak Sab masak dua jenis Mee Siam, sejenis Mee Siam Tauchu dan sejenis lain Mee Siam Putih atau ada jugak yang panggil Mee Siam Singapore. Tamak nak makan dua-dua, sambal pun ambil dua, satu sambal tumis dan satu lagi sambal kicap, matching ikut jenis masakan mee siam, jadilah Mee Siam Dua Alam  😋.

Oh, Belebat Pisang tu, Kak Ngah (pembantu Kak Sab) bagi free.. syukurrrr.. Alhamdulillah 😍

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. orang johor je kot kak panggil mee siam kan

    ReplyDelete
  2. oh mee siam panggilnya...lama tk mkn bihun spore

    ReplyDelete
  3. SA panggil bihun...tp selalu je nampak kat kedai diorang tag Mee Siam..hehehe...rasanya SK ni allergic Gluten food la..stop dulu la jangan makan..

    ReplyDelete
  4. Saya sukaaa model Mee putih macam tu 😄. Karena biasanya lebih gurih, tak pakai kicap kan. Sedaap 👍. Kalo masak di rumah pun, LBH suka Mee hun putih

    ReplyDelete
  5. PH biasa sebut bihun tp perasan juga ada yg sebut mihun.
    Belebat tu lepat ye SK? Nampak macam sama...

    ReplyDelete
  6. dok baca tajuk terpk camne la ghope mi siam dua alam ni ye, sekali buka tengok gambar hahahaha.. nasib baik nampak menyelerakan tau :p

    ReplyDelete
  7. kena pantang gandum tu kak... sbb adik sy dlu pun mcm tu.. doc mmg suruh pantang gandum.. meehoon kawen ni... melaya kawen singapore... hihihi

    ReplyDelete
  8. Bihun kadang mihun tu awat pelik bunyi nya hahahaa.. :P

    ReplyDelete
  9. Selamat berpantang ye SK. Moga terus istiqamah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!