SARAPAN SALTED EGG FRENCH TOAST DI KOPILOCO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

PETANG ini Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim bagi perlawanan bolasepak Liga Super JDT vs Penang. Kemudian akan ada keraian sempena kejayaan Pasukan JDT vs Terengganu dalam kejohanan Piala Malaysia 2023 minggu lepas. Esok pula merupakan Hari Cuti Peristiwa Khas atas kejayaan sedekad Pasukan JDT merangkul Piala Malaysia. Pagi ini, Pak Inche ajak bersarapan di luar. Sk mengajak Pak Inche ke Kopiloco cawangan Taman Impian Emas.


Sk lebih suka Kopiloco Taman Impian Emas berbanding di pusat bandaraya kerana di sini lebih tenang, luas dan mudah dapat parkir.


Teh C untuk Pak Inche dan Sk pilih Kopi. Dua biji telur setengah masak untuk Pak Inche.


Berangan nak makan Mee Siam atau Nasi Lemak, tapi tak jadi bila Pak Inche kata nak makan Kuey Teow Goreng. Sk fikir baiklah kongsi saja KTG tu sebab porsinya besar. Salted Egg French Toast ni menu wajib Sk setiap kali ke Kopiloco.


Staf hantar sepinggan nasi goreng ke meja. Sk beritahu, kami pesan kuey teow. Staf tunjuk kod S04 yang Sk tulis adalah Pineapple Fried Rice. Laaa.. salah tulis kod, kod yang betul untuk KTG adalah S03. Sk minta staf bungkus saja nasi goreng tu.

Salah sendiri kannnn...

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. The real definition of kalau dah rezeki tu tak kemana kan ... Tersalah tulis no menu, dapat juga makan nasi goreng tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sebenernya kakak pengen mee Siam atau nasi lemak kan 😅. Nasi gorengnya tapi terlihat sedap kak 😁👍🏿

      Saya juga penasaran dengan salted egg toast dia. Biasanya apapun menu yg memakai salted egg, semestinya enak 🤤

      Delete
  2. Banyak fikir masalah negara ke SK sampai silap tulis oderan hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak sarap dekat kopitiam macam ni.

    ReplyDelete
  4. ooo ada cawangan lain....boleh la SA ke cawangan yang ni..x sesak..aman damai je ha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!