STAFF DAY 2023 & LUNCH @ MEZZANINE CAFE GBW HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


CERITA semalam, berlangsung Staff Day Tahun 2023 yang melibatkan staf dari Unit Akademik dan Kemahiran. Disebabkan modal ciput, maka ianya disambut secara sederhana. Ada cadangan untuk pergi berkelah la, camping la, mandi kolam la, namun akhirnya pengerusi dan bendahari bersetuju dengan cadangan Sk, iaitu bawa staf makan di hotel sahaja dan duit yang selebihnya belikan hadiah lucky draw yang semua orang dapat.


Pagi tu sarapan Nasi Lemak Daun Pisang di Restoran Kuntum Selaseh (F&B Kolej) dahulu. Jenuh tunggu air, tak sampai-sampai.


Ia kemudian diteruskan dengan cadangan AJK Kelab Tahun 2024, pertukaran hadiah dan cabutan bertuah. Untuk pertukaran hadiah, semua diwajibkan membawa hadiah bernilai RM20 sahaja. Kerana mengejar masa, ia dimulakan dengan sesi cabutan bertuah dan staf yang bertuah tu kemudian cabut nombor pulak untuk agihan hadiah pertukaran sesama staf.


Bila pengacara sebut pasal pindah pejabat baru, tempat luas boleh bentang carpet, dah agak la tu, Sk punya, hahaha. Terima hadiah dari Pengerusi Kelab, En Din. 


Cabutan nombor pertukaran hadiah dapat nombor 13. Besar sungguh hadiahnya, teruja.


Ambil hadiah dari Madihah.


Masa pergi Melaka hari tu, singgah Madam King terberkenan dengan Travel Mug Air Panas ni. Sk beli satu untuk diri sendiri dan satu untuk pertukaran hadiah. Masa cabutan nombor, tengok Umi dapat. Selain tu, Sk bagi Buku Nota juga, bolehlah nanti bawa masuk mesyuarat 🤭.


Tertanya-tanya, apalah dapat dalam beg besar tu kan. Wahhh.. Fry Pan 20 cm. Sebenarnya dah lama berangan nak tambah kuali macam ni kat rumah tapi tak jugak dibeli. Kan Sk cakap, tak nak beli barang rumah dah 😆.


Selain tu, dapat jugak bekas bento dua tingkat ni. Setingkat isi nasi, setingkat isi lauk. Saiznya yang memanjang tu sesuai sangat masuk dalam recycle bag. Sk post la gambar ni kat group ucap terima kasih, sekali nampak Umi tekan ❤️. Erkkk.. Umi bagi ke? Ya, jawabnya. Laaa.. hadiah Umi dapat tu, akak yang bagi. Hahh.. gelaklah memasing, kebetulan pulak bertukar hadiah. Umi kata, dia pun lama aim nak beli tumbler air panas tu 😆.


Sesi bergambar dahulu sebelum bergerak secara carpool ke GBW Hotel. Geng Carpool kali ni Naza (sign darah), Hajah, Miza dan Wani. Oh, Fidah tak de, kena kuarantin covid, huhu.


Pinggan pertama, Nasi Putih, Asam Pedas Ikan, Kambing Masak Hitam, Udang Mentega dan Sayur Kubis Panjang Tumis Air.


Kemudian ambil Spaghetti Carbonara dan Udang Mentega lagi. Yang hijau tu Crepe Pandan Gula Melaka.


Pecal Jawa, Bubur Kacang Hijau, Kuih Bom dan Kuih Lapis.


Ambil White Coffee sebagai penutup, lepas tu eh, ambil ais krim pulak dua scoop. Lupa nak snap pic ais krim. Harap semuanya berpuas hati la dengan hotel yang Sk cadangkan ni kerana bagi Sk di sini paling berbaloi dan sesuai dengan bajet 🤭.



Maklumlah, kita bukan Megah Holdings tapi Mengah Holdings 🤣. Muka semua ada senyum, perut kinyang, hati sinang.




Semoga Tahun 2024 kami menjadi lebih cemerlang dalam memberi perkhidmatan dalam bidang kemahiran yang semakin keras dan mencabar.

InsyaAllahhhh.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnnn.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...semua happy dihujung tahun..
    Semoga 2024 lagi membahagiakan
    Tahniah hadiah besar ...

    ReplyDelete
  2. Staff Day takde cabutan bertuah tak best la kan?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jadi double bila dapat hadiah yg dihajati kan..
    PH pun smlm ada gak jeling pan dekat supermarket. Macam nak beli lah juga :D

    ReplyDelete
  4. seronok...tukar2 hadiah...sian staff yg kena quarantine tu, x dpt hadiah lah ya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!