MEE GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum WBT

KADANG, kan.. untuk keluarga kecik macam kami ni, kalau rasa nak makan mee sepinggan seorang, lebih baik la rasanya makan di kedai. Ialah, mee sepinggan tu berapa gram aje mee-nya tapi beli mee kuning sampai sekilo. Jadi, nak habiskan mee sekilogram yang Pak Inche beli sebab nak makan Mee Hailam tuari, Sk masaklah Mee Goreng 😆.

Bukan saja nak habiskan mee ya, tapi.. nak habiskan Udang Goreng Madu berbaki tiga ekor dan Sambal Sotong sikit, hehehehe.


Sk tumis semula sambal sotong tu dengan sedikit sahaja minyak, tambahkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat manis, pecah kan telur, kemudian masukkan mee kuning yang telah dibilas. Bila mee dah sebati dengan rencah, baru masukkan udang dan sawi, akhir sekali masukkan taugeh. Selamat sudah mee goreng sekuali, tu pun tiga kali makan baru wassalam 🤭.

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau SA plak..mee kena beli 1/2 kg tu je untuk kami 4 orang..itupun 3 org je makan..kalau ada berlebih SA biasanya masukkan dalam bekas dan bawak pi kerja esoknya...habis lauk2 semua ye SK...kena pandai olah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. kadang tak jumpa yg pek 1/2 kg. Kuey teow pun banyaknya yg pek sekilo, SA.

      Delete
  2. ammi ni walaupun ber5 kadang2 tak habis juga sekilo tu. kalau buat pagi...tengahari pun silalah makan mee bersulamkan nasi acah2 nasi ambeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ber5 tu rasa masih berbaloi goreng sendiri. Okey jugak tu buat stail nasi ambeng.

      Delete
  3. Kadang2 baki mi sampai keras dalam esbok. Takde erk yang jual setengah kilo ke suku kilo ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg 1/2 kg tapi kdg tak semua kedai ada stok 1/2 kg tu, Wak.

      Delete
  4. nmpk udang beso tu...ank saya suka kalo mee letak udang...saya plak suka letak daging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. letak daging lagi sedap benarnya tapi tak kena plan awal la sbb daging lambat defrost.

      Delete
  5. betul..better beli..sebab saya seorang jer yg suka mee..terutama mee goreng mamak..

    ReplyDelete
  6. Sama laa rumah ni Kak, takde sapa nak makan klu masak, bila Lin masak tu, maknanya Yana stay lepak rumah laa, klu tak ermm fikir 2/3 kali nak hidupkan gas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg akak kalau sorang, klu terpaksa masak, masak yg simple aje. Tapi biasanya panaskan loklam 🤭

      Delete
  7. kami kat kelantan semuanya mee yg 400g. yg sekilo susah nk jumpa kecuali mee numee gardenia tu ada yg 1kg dgn yg kecik tu 500@400g. kuey tiaw pun sama 400g.

    ReplyDelete
  8. Bagus gak idea tu. Tapi kalau dah terbeli mi kena juga masak sekali banyak. Boleh buat masa breakfast, boleh carry forward untuk lunch. hihi..Cepat sikit memasak kalau guna sambal lauk, tambah sikit-sikit dah siap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!