TERCURAH AIR DI RESTORAN AL-SAFA TAMAN U

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

HARI tu berdua dengan Iman pergi makan di Restoran Al Safa cawangan Taman Universiti yang baharu dibuka dalam sebulan dua. Ini kali kedua kami ke sini, kali pertama dulu datang bertiga, Sk makan tosei rawa. Saja cuba try test la di tempat baharu. Tempat lama konon dah black list 🤭.


Iman makan Roti Goreng.
Roti Goreng ni roti canai yang dipocong-pocong dan digoreng ala mee mamak. Makan dengan kuah kari ayam, sedap. Tapi, Iman lebih menggemari rasa Roti Goreng di Restoran Nisha Fattah. Haaa.. dah bersaing dua restoran mamak ni yang dipisahkan oleh jalanraya.


Terliur nampak Ayam Tandoori bergantungan dalam kabinet kaca depan restoran. Sk pesan Nan Cheese dan Ayam Tandoori. Sekali, masa nak letakkan pinggan Nan Cheese depan Sk, boleh pulak staf dia terlanggar straw ais kosong di tepi meja tu, apalagi.. tercurah terus ke peha Sk. Sk hanya mampu beristighfar. Kelam-kabut dia dan staf lain ramai yang datang. Ada yang lari ambilkan tisu. Mujurlah bukan minuman panas atau manis.

Lepas tu boleh gelak berjemaah dengan Iman. Sebenarnya kan, tak tahu nak marah ke.. nak kesian ke.. tapi serius la.. staf tu hantar makanan tu dengan penuh keikhlasan tau. Dia tatang pinggan nan cheese bersama ayam tandoori dan kuah dal dan kari. Kuah dal dan kari tu atau ayam tandoori ke.. sekali dalam pinggan nan cheese (tak ingat mana satu) dan juga sos pudina hijau. Sk nak sambutlah pinggan tu tapi dia macam kata, takpe, saya hidangkan. Sk akur, lalu tengok jer dia keluarkan satu persatu susun atas meja. Tapi, masa nak letak pinggan nan cheese depan Sk tu la pinggan tu terkena straw dan tercurahlah habislah air sejuk tu ke Sk 🤣🤣🤣.


Aisehhhh.. comel lote Nan Cheese tu. Macam tak cukup gelek ni atau memang dohnya yang kecil. Ayam Tandoori tu sedap cicah dengan sos pudina cuma kurang garing tapi Iman kata, lagi sedap kalau basah-basah. Itulah kan, anak-beranak pun taste tak sama, heheheh.

Oh, kenapa ya tak marah atau ambil tindakan pada staf yang tumpahkan air tu? Pertama, mungkin tak cedera kot dan tertumpah ais kosong jer. Yang kedua, kalau kita kata tak nak bayar, kita pun makan dah makanan tu. Nanti tak bayar, gaji dia pulak kena potong. Kalau nak marah teruk, boleh jer terus bangun dan tinggalkan meja tapi tak tahulah, mungkin kami bukan orang yang begitu 😆.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. fav cheese naan & ayam tandoori....nasibaik tertumpah air sejuk...kalau air panas bahaya juga

    ReplyDelete
  2. favourite sy roti nan n ayam tandoori... cuma di kelate ni susah nak cari...

    ReplyDelete
  3. kadang ada benda yang mungkin orang lain rasa salah besar tapi kita boleh lagi tolak ansur

    ReplyDelete
  4. Eh, template baru. :)
    Nasib baik ais kosong. Malang tak berbau. Sini pun kalau order roti nan, tak puas makan. Ayam tandoori dah sikit, tak macam dulu.

    ReplyDelete
  5. Serba salah dibuatnya.... tapi insiden yang berlaku bukan disengajakan. Syukurlah, sebagai pelanggan, kita ada budi bicara.

    ReplyDelete
  6. Nan cheese fav saya jugaaaak 😍😍😍😍😍. .utk ayam tandoori, saya sama dengan iman, yg basah lebih sedap 🤣. Juicy gituuu 😄. Selera sih itu memang...

    Ya laah kak .pasti tak tega kalo sampai kita marah sangat, padahal tak terluka pun. Saya pun akan pikir si staff akan potong gaji atau apalah, Krn dah berbuat salah. Masih bisa dimaafkan salah seperti itu ☺️

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!