MENGOPI DI IKHWAN COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DARI tengahari semalam sampai pagi tadi, bantai makan Nasi Goreng. Tengahari semalam, makan Pineapple Fried Rice yang salah order dari Kopiloco. Malam pulak, gorengkan Nasi Goreng Ayam untuk Pak Inche yang balik dari bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Sengaja goreng lebih, separuh lagi untuk sarapan pagi ini. Tambahkan telur separuh masak dua biji seorang dengan Teh Tarik. Nikmat betullah duduk di rumah di hari yang sepatutnya bekerja. Hari ini merupakan hari Cuti Peristiwa Khas bagi warga Johor. Jadi, long weekend la.  Yabedabedoooo 🤣

Gambar dari FB Ikhwan Coffee
 

Dah berminggu jugak nak ke Ikhwan Coffee ni tapi tak jumpa kedainya yang terletak di Jalan Yahya Awal, Pusat Bandar. Apa tidaknya, nama yang betul Ikhwan, yang dicari Chawan. Bila buka aplikasi waze, lokasi menunjukkan di Kampung Melayu Majidee sedangkan ia sepatutnya di Jalan Yahya Awal. Tu yang sampai ke sudah tak jumpa. Nasib baik Huda kongsi lokasi, baru tahu namanya Ikhwan, bukan Chawan. Pak Inche ni punnnn.. gabra sungguh! Dia la yang nak sangat mengopi di sini.


Barulah berbaloi mengopi jika disajikan seni latte dari barista. Sk pilih Toffe Nut Latte, Pak Inche minum Ice Hazelnut Latte. 


Croissant with Butter & Jam dan Paradise Chocolate, kedua-duanya pilihan Pak Inche.


Mulut tu memang tak reti diam ya, ada aje ceritanya. Korang rasa, Sk ada masa nak sakit kepala?


Sk pilih Beef Lasagna.
Menu makanan di sini semuanya frozen, bukan masakan panas.


Total hangus, RM63. Boleh bayar cash atau guna QR Code.

Jempuittt.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uishhh macam mengacam jer Ikhwan Cafe ni.. Kalau tau hari tu dh boleh singgah ke sini.. Kek dgn croisant tu mcm sedap

    ReplyDelete
  2. Jauh bebenor Chawan & Ikhwan tu haha...
    Gambaq last cute, mesti Iman jeles aha!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kopiiii.......rumah kopi da habis pulak!

    ReplyDelete
  4. Not bad jugak ikhwan coffee ni dah macam richiamo jugak rupanya

    ReplyDelete
  5. Amboiii..comel betul gambar yang last tu erk...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!