MINUM PETANG DI KELAB KOPI LAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

DALAM tempoh dua hari ini, beberapa tempat rendah di Johor Bahru mengalami banjir kilat. Hari selasa, hujan lebat betul-betul waktu balik kerja jam 5. Sk pulak, nak kena isi minyak kereta di Petronas Skudai, rasa menyesal tak keluar isi minyak tengahari. Air melimpah dah macam lalu dalam sungai.


Dah masuk lorong kiri baru perasan bah. Risau air masuk dalam tangki minyak Petronas tu, siap tanya dulu, minyak ok tak? 😆. Lepas isi minyak, macam tak yakin aje nak teruskan pemanduan, rasa nak tunggu air surut tapi bila tengok dua tiga kereta redah air paras tayar, Sk nekad. Alhamdulillah, selamat sampai rumah.

Semalam, 6 December, khabarnya lagi teruk. Hujan turun sebelum jam 2 petang berlarutan sehingga dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah tenggelam. Antaranya..

1. Jalan Ayer Molek (Wisma Persekutuan)
2. Jalan Kolam Air ( Taman Nong Chik)
3. Jalan Yahya Awal (SK & SMK Convent)
4. Jalan Mahmoodiah ( Restoran Yasin)
5. Dataran Bandaraya
6. Jalan Dato Sulaiman
7. Jalan Serigala (lorong belakang)
8. Jalan Mohd Amin Kg Mohd Amin
9. Jalan Padi Makmur BBU
10. Jalan Tun Abdul Razak (Susur 3)
11 . Jalan Tun Abdul Razak ( Susur 2)
12. Jalan Bilal Mahmood
13. Depan Istana Bukit Serene (Danga Bay)
14. Lurah 3 Kempas
15. Hutan Bandar
16. Jalan Stulang Darat
17. Jalan Ibrahim Sultan
-JKR
18. Jalan Tun Abdul Razak ( Taman Tasek)
19. Jalan Tebrau (Wisma Daiman)
20. Taman Orkid
21. Taman Sri Bahagia

Haaaa.. ni semua tempat Sk biasa meronggeng. Taman Sri Bahagia ni sebelah kolej Sk aje. Taman Orkid tu memang laluan hari-hari. Sk pasti kejadian banjir kilat ni disebabkan oleh parit yang rendah dan tidak diselenggara. Ramai juga yang suka buang sampah dalam parit terutamanya warga asing yang tinggal di kawasan bukan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan yang tiada khidmat memungut sampah. Sk sendiri pernah hon mereka ni yang suka hati campak beg sampah tepi jambatan. Rasa nak turun kereta dan paksa mereka turun dalam sungai tu pungut balik sampah dorang campak tu..grrrrr.

Ops.. banyak pulak masa kau nak borak pasal banjir ya, Sk??!!


Pergi minum di Kelab Malam Kopi Lama dengan Pak Inche petang sabtu lepas. Pertama kali bagi Pak Inche dan kali kedua bagi Sk. Kali pertama ke sini dulu dengan kawan pejabat, boleh baca DI SINI.





Banyak menu baharu dan lebih menariks yang membuatkan tekak Sk macam berlobang! Kena istighfar banyak-banyak 🤭.


Paling bagus dan Sk puji, sistem pesanan juga telah diubah, bukan lagi layan diri seperti ketika ia baharu dibuka dahulu. Pelanggan cuma perlu catatkan nombor kod makanan dan minuman dalam kertas pesanan yang diletak di atas meja kemudian tekan butang buzzer atas meja untuk panggil staf dan serahkan kertas pesanan tu.


Staf akan cetak pesanan dan hantar semula ke meja untuk kita semak sama ada pesanan kita telah dimasukkan ke dalam sistem. Tidaklah nanti tunggu makanan atau minuman tak sampai-sampai.


Ramai pelanggan petang tu, hujung minggu kan. Warga Singapura pun ramai singgah agaknya baru lepas membeli-belah. 


Di kaki lima restoran diletakkan gerai yang memyediakan pesanan pelanggan antaranya Gerai Roti Bakar Arang dan Telur Separuh Masak.


Ini pula gerai masakan panas seperti Mee dan Nasi Goreng. Mereka goreng ala-ala Nasi Goreng Stulang iaitu menggunakan kuali leper yang besar atau kuali burger tu. Makanan bergoreng ni cuma dibuka pesanan kepada pelanggan selepas jam 2 petang.


Selain tu ada jugak gerai goreng-goreng seperti goreng pisang dan jemput-jemput. 


Pagi petang Sabtu tu Pak Inche makan Roti Bakar. Di Kelab Kopi Lama ni mereka bakar guna bara dari kayu arang. Memang sedap la roti bakarnya lagi-lagi bila kita ngap bahagian yang ada potongan butter tu, melelehhhh.


Selain tu, Pak Inche makan Mee Kari. Senyap jer makan maknanya sedap. Sk jamah sikit, memang tak mengecewakan. Kalau ada kerang lagi sedap tu.


Alahan pada gluten tapi tetaplah degil. Set lempeng di KKL ni kita boleh pilih sama ada nak makan dengan Kari Kambing, Kari Ayam, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Kembung atau Sambal Tumis Kosong. Lempengnya lembut walaupun dimasak sehingga sedikit garing. Sambal tumis tu walaupun kita colek sikit-sikit sebab dia bagi sikit, tapi berasa. Rasanya boleh jer minta tambah sambal cuma bagi Sk cukup aje.


Ais Lemon untuk Pak Inche tiga suku koleh tu ya. Kembung perut nak habiskan 😆.


Sk pesan jugak Goreng Pisang. Tak Johorlah jika tak ada sambal kicap, kan. Sambal kicap pun sedap la, tak mengelat. Kadang beli goreng pisang ada yang bagi sambal kicap cair-bair.


Lepas makan, bawalah kertas pesanan tadi ke kaunter bayaran. Atau boleh juga sebut aje nombor meja. Senang dan memudahkan pelanggan. 

Cara ke sini, waze aje

Kelab Kopi Lama

pasti sampaiiiii 🤗

Waktu Perniagaan :

Thursday 7:30 am–1 am
Friday 7:30 am–1 am
Saturday 7:30 am–1 am
Sunday 8 am–12 am
Monday 8 am–12 am
Tuesday 8 am–12 am
Wednesday 8 am–12 am

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya tengah explore blog akak ni nak jjcm JB krismas nanti..harap cuaca elok la time tu,risau juga kalau banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. KKL ni wajib singgah tau, Afzan. Akak pulak nak explore ke tempat lain 😆

      Delete
    2. KKL ni wajib singgah tau, Afzan. Akak pulak nak explore ke tempat lain 😆

      Delete
  2. Harap-harap tidaklah semua negeri dilanda banjir.
    Susah nak jalan-jalan hujung tahun nanti kalau banyak tempat banjir.
    Pisang goreng tu banyak dia punya serdaknya ye.

    ReplyDelete
  3. SA suka kat sini..makanan sedap berasa..cuma suami x suka..x tau la dia tu..hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!