Assalamualaikum WBT
AGAK sibuk la Sk dua tiga hari ni jadi kita layankan ajelah cerita sarapan.. itu jer yang sempat nak catat dan tak perlu memerah otak 😆.
Punyalah gumbira hati Pak Inche, Sk cuti hari ni, kan. Sk ni cuti pasal nak temankan ibu di rumah, ehhhh.. diajaknya kita ke Pasar Tani, kita beli tetel, boleh masak asam pedas untuk nenek katanya, padahal dia yang nak makan ðŸ¤.
Hari bekerja, pasar tani lengang sikit. Cuba tengok minggu depan, mesti jalan rapat-rapat sebab ahad depan, Johor akan bercuti peristiwa khas sempena kemenangan sedekad Pasukan Bolasepak JDT dalam saingan Piala Malaysia. Tahniah, JDT!!
Tapau dua bungkus lontong dan sebungkus mee rebus untuk Pak Inche. Setiap satu RM7. Sekarang ni modal meniaga kat mana pun sama cuma beza tang sewa jer. Tak pastilah mahal ke eh sewa tapak pasar tani. Tadi, nak beli serai pun tak berani lagipun serai banyak stok, yang tak ada lengkuas aje. Nak masak asam pedas tetel ke letak lengkuas, nantikan kemunculannya nanti 🤗.
Sedap mee rebus dgn lontong tu.. dh lama tak makan :D
ReplyDeletesemua mende harga mahal.....air kosong pun ada kedai jual 80sen
ReplyDelete