Assalamualaikum WBT
PAK Inche teringin benar nak mencuba memasak menu udang harimau RM3 seekor di Restoran YX. Dalam masakan tu, ada rasa kicap soya cair dan ada rasa manis melekit. Masakannya ringkas, cuma ada bawang putih yang dipotong kecil dan daun bawang yang dipotong anggaran panjang seinci.
Katanya, nak masak untuk mak mentua, tapi, bila tiba nak memasak, kita pulak dikerahnya menggoreng udang 😆.
Sk gorengkan siap-siap udang tu secara tenggelam untuk beberapa minit sahaja. Udang jangan sampai dimasak sampai badannya jadi huruf C kerana ia menandakan ia terlebih masak. Tapi, semua udang pun bila kena panas serta merta akan mengerekot, hahaha. Siap goreng, Sk suruh Pak Inche realisasikan cita-cita Udang Goreng Madu dia tu.
Panaskan minyak, tumis bawang putih. Bawang putih jangan dicincang sebaliknya cuma dipotong dua yang masih menampakkan ia adalah bawang putih.
Bila bawang sudah hampir keemasan, masukkan kicap soya cair. Kemudian masukkan udang dan madu, goreng kilas (goreng cepat-cepat dengan api besar). Akhir sekali taburkan daun bawang. Bolehlah letak sedikit daun ketumbar sebagai hiasan ketika menghidang.
Udang, kan.. masak apa pun sodap!
😋
Udang ni goreng pun sodap!
ReplyDeletetaknak madu... tapi lain org lain tastenya kan. Ada org suka ayam masak madu kalau makan nasi kandar...tp ammi memang tolak terus. Mamak...ko jangan berani2 letak kuah madu atas nasi aku.
ReplyDeletebetul kak, goreng dengan kunyit bodo2 pun dah sedap ini kan pulak masak gini
ReplyDeleteUdang masak apa pun sedap kan...
ReplyDeleteUdang faveret anak no. 2. Nampak sedap pulak menu ni.
ReplyDeleteSuka udang gak. Lagi² buat sambal madu.
ReplyDeleteSA terliur tengok lauk udang SK ni...rasa nak cari udang tapi tu la..SA sorang je makan
ReplyDeleteSimple dan nampak memyelerakan, boleh cuba nanti .. adanudang sebekas tuu..
ReplyDeleteteringat udang madu di kedai nasi kandar...sedap nih..
ReplyDelete