MAKAN DI HIJRAH DIM SUM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


KADANG-KADANG jika malas nak memasak, buntu jugak nak makan di mana. Saja-sajala memandu menghala ke arah Kebun Teh, kot la bertemu tempat yang menarik, nampaklah Hijrah Dim Sum.


Kemahen eh tengok menu macam baca buku Geografi 😆.


Hijrah Dim Sum ni menunya lebih kurang Adam Kitchen dan Budak Siew Mai.


Shanghai Mihun, Sk punya.

Sepatutnya gambar ni keluar last sebab ia paling lambat sampai, Iman kata, flight delay 🤭. Terkejut tengok portion selambak, pinggan pun dah besar talam.


Cepat jugak Nasi Goreng Scallop Iman dan Kuey Teow Seafood Pak Inche sampai. Juga sama, portion besar tapi masakannya macam kuat rasa belacan la. Pak Inche tak mampu habiskan kuey teow selambak, Sk nak tolong, makanan Sk pun separuh nyawa nak wassalam.


Nasi Goreng Scallop, ada udang juga.


Prawn Chee Cheong Fun dan Siew Mai Goreng.  Tak pasti apa nama sebenar, isi ayam yang dibungkus dalam tauhu kering dan dikukus, makan dengan sos cili ala Thai.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kue teow tu nampak menarik nyaaa!!

    ReplyDelete
  2. Tekun nau Pak Inche baca buku menu.hihi...nasi goreng scallop, tak pernah nampak. Rasa apatah lagi. Puas makan porsi besar gini.

    ReplyDelete
  3. Alamak, boleh gendut ni. Pinggan besar talam. Lain kali, kena tunggu betul-betul lapar baru datang makan situ. Hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!