PROGRAM CITRA PESONA 2H1M DI SAVANNA HILL RESORT, ULU TIRAM PART 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT

HARI ni konon nak santai-santai jer siapkan Borang Penilaian Prestasi dan laporan tugasan sebelum mesyuarat tingkap hari Khamis. Tengah leha-leha tetiba ada panggilan masuk dari partner in crime.

"Eh, kau tak masuk meeting ke?"

"Hah??! Bukan hari khamis ke?"

"Meeting audit la."

Berpinar rasa kepala otak jap, hahaha. Memang tak perasan langsung memonya, mesti memo tu dihantar ke group whatsapp hari ahad, ahad kan Sk cuti. Kawan Sk pulak, dah faham Sk sejenis punctual, tu yang dia terus call bila tak nampak bayang Sk dalam bilij mesyuarat 😆. Sambil hidupkan enjin kereta, jeling jam, ada lagi 5 minit.. hahaha.


Sempat capai buku nota dan pen sebatang aje. Jarang Sk minum manis hari kerja tapi bila ditawarkan, tak mampu pulak nak berkata tidak. Selesai mesyuarat, kami diberi makan tengahari tapau, Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sayur Kubis, Ulam dan Sambal Belacan. Disebabkan hujan lebat, kami ramai-ramai makan terus di bilik mesyuarat. Lupa pulak ambil gambar makanannya, hahaha.


Tu diaaa.. sampai Bahagian 4 ya kisah Citra Pesona ni. Ni baru 2H1M, kalau 3H2M mahunya 12 bab dia punya story 🤭. 

Boleh baca BAB 3 DI SINI


Hari kedua, selepas subuh seawal 7 pagi, masing-masing dah berkumpul di padang letak kereta yang luas di hadapan bangunan utama Savanna Hill Resort. Acaranya, senamrobik.


Lepas bakar lemak, kita tambah lemak.
Ada Nasi Lemak Telur Rebus, Rendang Ayam, Kuey Teow Goreng dan Nasi Goreng. 


Disebabkan malas nak berulang banyak kali, dan barisan pun masih panjang, Sk lambakkan aje semua dalam satu pinggan 😆. 

Nasi Lemak Telur Sebelah
Kuey Teow Goreng
Rendang Ayam
Sosej
Wedges
Karipap
Kaswi
Kuih Bakar Pandan

Kopi O Nogula


Lepas sarapan, kami bersiap untuk slot Minda Sihat.. kot la nama tajuknya.. lupa dah 🤣


Geng semeja kebanyakan merupakan staf dari ibu pejabat, bahagian HR.


Tekun dengar ceramah.


Minum pagi.. Lontong dan tiga jenis kuih.


Wajah kesukaan lepas kenyang makan lontong.



Acara pembahagian hadiah. Hadiah kemenangan diberi bagi setiap game. Semua kumpulan dapat hadiah ya. Kumpulan Sk Johan acara melastik dan lagi dua game tu tak ingat nombor berapa, jadi kumpulkan semua hadiah dan bahagikan ikut kehendak masing-masing.


Acara bergambar melibatkan semua peserta 


Kumpulan Sk.. macam tak cukup korum sebab ada yang tak sihat. 


Juara Melastik Ke Hatimu 💕


Sebelum naik bas, gambar seketul depan hotel.

Tamat!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!