MASAK ASAM PEDAS TETEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

AGAK terkejut kawan sekerja Sk bila diberitahu Sk hari-hari memasak (tipu). 

"Bukan kau selalu makan kat luar ke?" Tanya Napi. Haaa.. ni mesti species add friend kat fb tapi tak pernah 'like' dan komen 🤣. Oh ya, Napi ni merupakan kawan sekerja Sk sejak dari Bukit Senyum cuma dulu kami lain-lain jabatan. Cuma sejak tahun ini kami bekerja bersama di bawah satu bangunan.


Masak Asam Pedas Tetel, hari ahad lepas atas permintaan Pak Inche. Masa pilih-pilih tetel di pasar tani, Sk tengok banyak bahagian yang berlemak, mujurlah kakak penjual tu baik hati, dihiriskannya sedikit bahagian berdaging. Pak Inche kata, tak apa, lagi banyak lemak lagi sedap, hurmmm.

Lepas sarapan lontong, sambil mengemas, Sk terus tumis bahan asam pedas. Siap menumis, Sk masukkan semua dalam periuk noxxa bersama tetel dan set HP 60. 

Selain Asam Pedas Tetel, ada Ayam Goreng untuk Pak Inche dan Ikan Siakap Goreng untuk ibu. Tapi, ibu tak nak makan, hurmmm. Tak habis dengan alasannya tak ada selera. Sk tak paksalah sebab pagi tu dah makan lontong. Itupun cuma dua ketul nasi impit dan telur rebus separuh. Manalah tak makin lemah badan tu.


Walaupun ada ayam goreng dan ikan goreng, tetaplah ada telur dadar. Tak lengkap rasanya jika makan asam pedas tak ada telur dadar.. heheheh. Ikan siakap tu, beli seekor, perap dengan garam kunyit jer. Dah nak goreng, terfikir pulak, lebih baik goreng sebelah aje, jadi Sk potong dua. Tu yang cuma ada bahagian ekor jer 😆.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh sama kita posting asam pedas, cuma malas nak taip panjang ha³ .. ye Kak, kalau asam pedas mesti nak telur dadar kann.. moga Mak akak terbuka seleranya nanti ..

    ReplyDelete
  2. ammi belum pernah masak tetel sendiri...dan sebenarnya jarang juga ambil kalau ada sebab ngeri tengok lemak.

    ReplyDelete
  3. Memang best guna periuk tekanan noxxa... MYiDEAKiNi pun ada juga periuk tu.. itu hari masak sup lidah guna periuk noxxa.. Memang padu sup lidah & lembut... Nyum nyum.. Dijemput untuk join segmen MYiDEAKiNi yer....🤝😊

    ReplyDelete
  4. telur dadar tu wajib kalo mkn ngan asam pedas....sama juga kalo ngan tomyam or sup tulang...kiranya pelengkap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!