MAKAN DI SERI ERRA KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

KECOH satu Malaysia gara-gara penutupan jalan di pusat pelancongan di Melaka. Mujurlah masa kami ke sana tempohari, Melaka belum pindah jalan belum ditutup lagi. Lagi pulak lokasi hotel penginapan kami bukan betul-betul di pusat bandar atau Banda Hilir. Ngeri jugak difikirkan jika terpaksa melalui pengalaman rakan-rakan yang ke Melaka hujung minggu lepas. Ada yang sangkut sampai tiga jam sebab tiada arah tuju apabila jalan ditutup, nak nak lagi kebanyakan jalan adalah sehala!


Setiap kali ke Melaka, mesti hati tertarik untuk singgah di Kopitiam ini tapi setiap kali lalu, sama ada kami ada tujuan lain atau baru selesai makan di tempat lain. Pulak tu, kami masa tu tak tahu nama kedai ni, jadi, tak tahu la nak masukkan nama lokasi dalam waze. 


Cuma, masa kali pertama menginap di Courtyard By Marriot Melaka tu la, rupa-rupanya kopitiam ni berdepan dengan simpang jalan masuk ke hotel. Barulah tahu namanya Seri Erra Kopitiam.


Balik dari Makan Satay Asyura tu, Pak Inche ajak kopi-kopi di sini. Sk pulak teringin nak makan Roti John. Sistem pesanannya mudah, cuma tandakan menu yang kita nak di atas kertas pesanan kemudian berikan pada staf. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja dan bayar selepas makan.


Kertas kuning tu menu minuman. Tertarik tengok menu Teh Saloma. HiIngatkan Teh Tarik, saja letak nama Saloma kan.. rupa-rupanya Teh O pelik. Pelik tu sebab ada rasa macam vitamin C atau Berroca yang kita masuk dalam air tu. Pak Inche langsung tak boleh minum, haha. Lupa pulak nak ambil gambar Teh Saloma tu.


Di dinding kedai, banyak digantung gambar-gambar P Ramlee. Mesti pemilik kopitiam ni peminat P Ramlee. Tapi, macam tak ada pulak Teh atau kopi P Ramlee, hehehe.


Hiasannya klasik dengan saprah berupa kain batik.


Memang menarik kedai ni, mata asyik meliar memandang frame yang memenuhi dinding kedai.


Selain tu, banyak jugak teko-teko klasik.


Roto John Biasa dan Roti John Biasa Cheese. Roti John apa tah, inti pun lokek dan sedikit berminyak
Tak macam Roti John Hafiz, penuh dengan inti daging yang juicy. Tapi Hafiz dah tak meniaga lagi pulak.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Confirm peminat p. ramlee owner kedai ni.. siap ada menu teh saloma lg tu

    ReplyDelete
  2. lama betul tak sampai melaka walaupun tak la jauh sgt dr kl ni

    ReplyDelete
  3. Selalu gak pi Melaka, x pernah nampak plak kedai ni...so..bleh masuk wishlist ke tak ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!