MAKAN DAGING SALAI PODEH MELAHA DI NASI LEMAK & WESTERN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


REHAT panjang hari ini hari Jumaat. Mula ingat nak balik rumah tapi termelencong ke Kedai Ninso pulak. Beli wet tissue la yang banyaknya campur benda-,benda lain yang berguna. Nama kedai RM2 tapi total tadi kena sampai RM44.80, hahahahaha. Tu takpe, dekat luar kedai Ninso tu ada kedai tudung. Terbang lagi RM30, tu pun beli clearance stock. Beli tiga helai, sehelai RM10 lepas tu berangan nak tampal rhinestones. Meleleh ailio teringat, tak sabar nak buat, esokkan cuti, hihihi.


Hari tu lalu dekat threads (amboi, dah tak layan TT ek sekarang), ada threaders makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api di Nasi Lemak & Western, Taman Damansara Aliff maka Sk pun teringin. Pergi seorang jer sebab perut dah lapar, padahal baru pukul 11.30 kot. Pagi tu Sk sarapan kuih kaswi jer tak silap.


Sebaik sahaja duduk, terus ada staf datang bawakan menu dan keropok baby. Ada kertas pesanan sekali, tulis jer kod nombor makanan dalam kertas kemudian boleh panggil staf untuk ambil pesanan kita.


Kita tengok la ya, podeh ke idok. Kalau tak melaha, siap!


Restoran ni besar tau, ada dua lot kedai. Sk pilih duduk di lot kedua yang memaparkan lukisan dinding ala tradisional. Hari tu datang makan Lasagna dengan Kak Narimah duduk lot sebelah. Kalau duduk lot sebelah boleh nampak kitchen dan chef siapkan pesanan pelanggan. Duduk sini pulak sebab rasa lebih privasi.


Tak lama menunggu, agaknya memang lauk dan nasinya dah siap masak, hidangan daging salai masak lemak dihantar ke meja. Porsi lauknya banyak jugak, nampak ada pucuk ubi dalam masak lemak. Kira dua dalam satu, daging dan sayur sekali, cukup la karbo, protein dan serat dalam pengambilan makanan kita jika ambil menu ni. Selain set dengan nasi, boleh juga ambil lauk sahaja.


Nasi putih semangkuk,  papadom sekeping dan tiga hiris timun. Yang dalam piring kecik tu bukan sambal belacan, macam sambal ayam penyet, sedap tapi tak sesuai makan dengan masak lemak tu, nanti rasa masak lemak dia lari.


Pandangan dari atas la pulak. pesan minuman manis, saja nak healing. Bosan jugak hari-hari minum air tawar hebeh, hehehe.


Dah puas ambil gambar, barulah kita makan. Bila disudu lauk ni, bau salainya jelas. Dagingnya empuk langsung tak sakit gigi lepas makan. Sebenarnya lepas dah buat pesanan, Sk baru teringat akibat makan daging nanti gigi sakit. Aaa.. langsung tak sakit, syukurrrr.. tapi, pedasnya Ya Allah! Air mata, air hidung semua keluar. Betul punya podeh melaha ni!



Nasib baik dapat aiskrim dengan setiap ulasan yang kita beri di google review, bolehlah hilangkan pedas tahap 5 tu. Sk siap bagi 5 bintang. Tapi tu la, patut bagi 4 aje sebab santannya kurang pekat. Kalau pekat sikit lagi umph!


Nilai aiskrim tu RM2. Sedap juga aiskrimnya tu. 


Sekarang ni, Nasi Lemak & Western sedang menganjurkan pertandingan cabutan bertuah. Kena tulis nombor telefon dan nama belakang resit, kemudian masukkan dalam tong yang disediakan. Tak perasan pulak hadiah apa, doakanlah Sk menang ya, hihihi.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya pun teringin nak ke Restoran nasi lemak & western lepas baca thread tu... tapi tak tau la bila nak perginya

    ReplyDelete
  2. Beuuugh ini wajib saya coba nampaknyaaa 😍😍😍😍🤣. Memang kalau pedas, saya akan suka kak. Makin pedas, makin cinta 😄😄😄.

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki menang nanti. Aamiin...Bila bonda approved, nampak betul-betul sedap ni. Menu dia buat kita telan air liur nak order. Daging lembut, kita pun syok makan. Dia punya presentation food menarik. Tableware lawa-lawa. Lagi seronoklah kita ambil gambar. Tempat pun selesa nau tu. Best best. Pakkal jauh, kalau dekat boleh juga merasa sekali.

    ReplyDelete
  4. Sayapun hari ini makan masak lemak daging salai tapi tidak pedas. Teringin juga hendak rasa di lidah pedas tahap mana lauk SK itu.
    Semoga berjaya dalam cabutan bertuah. Jangan lupa tulis kalau menang.

    ReplyDelete
  5. Semoga SK menang cabutan bertuah. Aminnn...
    Nampak sedap, lauk macam tu. Tapi takut gak, sebab tahap podeh melaha. Huii.. mesti berpoluh makan.

    ReplyDelete
  6. Whoaaa.. Menarik lahh.. ok saved!
    Nak join gak la lucky draw.. Hahaha.. All the best kak!

    ReplyDelete
  7. Saya doakan SK menang hadiah.
    Kalau dapat hadiah nanti, jangan lupa suruh mambang hantar separuh ke LD ye.

    ReplyDelete
  8. Pure nismilan tu yang pedas melaha. Tak sanggup nak makan pedas2 ni keluar segala air mata air hidung 😆

    ReplyDelete
  9. Semoga ada rezeki SK menang aamin 🤲🏻
    Podeh bona la tu SK ye...

    ReplyDelete
  10. belum pernah cuba daging salai masak lemak cili api ni. Dah lama mengidam masakan Nogori ni..

    ReplyDelete
  11. agaknya tukang masak mmg pior org nogori kot?
    fuhhh...
    sik baik dpt aiskrim free dpt laa hilangkan rs pedas tu yaa ;-)

    ReplyDelete
  12. Podeh melahar memnag susah kalau SA..selalu buat ala2 je kepesasan..SA suka masak daging salai campur pucuk ubi atau belimbing buloh...sedapnyaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!