Assalamualaikum WBT
KALAU dari negara Johor nak sampai ke Perthlis, ambil masa sampai tiga hari, singgah sampai tiga negeri, tapi boleh pulak kalau nak balik Johor, terus balik. Lebih kepada risaukan anabul yang ditinggalkan, entah cukup ke tidak makanan dan air dorang. Manalah tahu, lari-lari terlanggar mangkuk air, semua tumpah, kan. Kalau terlanggar mangkuk makanan, masih boleh makan lagi yang terabur kat lantai tu, hahaha.
Kami singgah makan sekejap di Restoran Hajadi Ta'Am yang terletak tidak jauh dari Plaza Tol Ipoh. Dah melepasi waktu makan tengahari, lauk pun dah tinggal koret-koret tapi ada. Orang pun masih tak putus-putus datang. Restorannya luas dengan tempat duduk yang banyak.
Cuaca panas, minum bergelas-gelas ais kosong, mentang-mentanglah tong ais kosong sebelah meja aje.
Kali ni pinggan Sk tak penuh macam selalu. Sk ambil ikan siakap masak kari dan ulam kacang botol dan timun serta sambal belacan sahaja.
R&R yang paling digemari pengguna lebuhraya arah selatan untuk rehat, makan dan solat tentunya R&R Seremban. Kecur pulak tengok Restoran A&W, pesan Rootbeer Float seorang satu.
Masing-masing ambil set, hotdog untuk PI, Mozza Burger untuk Iman, Sk makan Cheese Burger. Suka curly fries dia.
Crave it, Love it, Bite it.
Burppp.. Alhamdulillah.
Lama sungguh tak minum A&W yang ada float.. Dulu ada satu A&W rest. di tempat, saya tapi dah tutup selepas byk tumbuh rest yang seangkatan dengannya ..
ReplyDeletePinggan SK tak penuh tapi lauk mengancam! Rootbeer float...nyaman bah!
ReplyDeleteyg selalu gi walking di sebelah A&W tu tak de pulak teringin nak minum dan makan kat situ melainkan anak-anak nak.
ReplyDeleteSK belilah automatic cat feeder. Cukup time makanan keluar sendiri.
Kalau balik, balik terus cepat sikit kan. Kalau singgah bermalam lagi nanti jadi lambat. hihi..aduh, kelakar pulak kalau ditinggalkan anabul terlanggar bekas air. Ye tak tak ye jugak, macamana dia nak minum air kan. Pulak tu cuaca panas.
ReplyDeleteYelah, cuaca panas ni laju je minum air sejuk bergelas-gelas. Saya pun suka makan nasi macam tu je. Ringkas. Ada lauk utama, ulam dan sambal.
Rootbeer float tu memang menggoda, X factor A&W.
Tgk rootbeer tu kan. adoiii. lagi2 letakkan icecream. sedap yakamat.
ReplyDelete