Assalamualaikum WBT
SELASA lepas, PI bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Bila PI tak ada, Sk dan Iman pun merancang nak pergi makan di Kafe Halaman yang terletak di Kampung Melayu Majidee. Sk tak rasa PI suka nak makan kat situ, sebab crowded dan kena beratur. Beratur makan nasi kandar tak pe, hahaha. Dulu, pernah datang situ nak breakfast, panjang muncung PI bila tak ada meja. Dia macam gitulah, dia ajak takpe, jangan kita.
Beberapa kali SK teringat, nak tengok waktu operasi perniagaan Kafe Halaman, tapi asyiklah terlupa. Nahhh ko, dah siap nak pergi, rupa-rupanya kafe tutup setiap Selasa. Sk dah agak, sebab di Tanah Jauhar ni kebanyakan kafe akan tutup, tak hari isnin, hari selasa. Tekak kita dahlah nak makan pasta-pasta. Nak makan pulak pasta dengan sos yang authentic, tak nak rasa sos dalam tin. Kalau sos dalam tin, Sk pun pandai buat, huhu.
Iman mencadangkan Spazzo Artisanal Fresh Pasta yang baru dibuka di Kebun Teh. Dulu kedai ni namanya Kafe Takdak Nama, sekarang dah ada nama, Spazzo. Dah lama teringin nak makan Artisan Pasta yang segar dari ladang, jadi.. jomlah kita!
Sebaik sahaja duduk, kami terus diberikan menu. Waiter bagi peluang kami study dulu, terbelit-belit jugaklah lidah nak menyebutnya. Kalau boleh, bila waiter tanya, sebutannya biar perfect, nampak macam orang have-have kita ni, hahahaha.
Menu minuman, penampakan Matcha Strawberry kat situ. Kali ni Sk tak benarkan Iman ambil MS, Sk yang muak tengok dia hari-hari dok bermatcha strawberry, hihihi.
Sk agaklah, Kafe Spazzo ni mengambil alih perabot dari Kafe Takdak Nama jugak. Kiranya mereka mengekalkan hiasan dalaman kafe sebelumnya. Tapibtakde buktilah, sebab Sk pun tak sempat nak datang kafe takdak Nama tu, hihi. Masa ni, Sk perasan macam nampak sibuk aje kat belakang (kitchen) tu, tiba-tiba nampak Tik Tokers Faizal Nasir lalu. Oh, ada shooting rupanya.
Tidak lama kemudian, staf hantar minuman. Mango Fizzy (RM8) yang menyegarkan untuk Iman. Tuan Tanah Kedaung minum Ice Water jer. Mereka guna cup pakai buang jer ni. Kalau guna gelas estetik, mesti harganya pun estetik jugak, hihi.
Antipasti atau pembuka selera pilihan Sk untuk dikongsi, Confit Garlic Bruschetta, RM15. Ia merupakan roti baguette yang dibakar dicicah dengan tomato kisar.
Nak lagi unik, suap bersama bawang putih tu. Sk sukalaaa letak bawang putih, Iman tak. Rasanya, kalau dia guna tomato cincang lagi sedap kot. Ni ada rasa macam tin sikit, tak pasti la memang ada letak tomato puri dalam tin ke macam mana.
Slow Cooked Beef Ragu (RM29) pilihan Iman.
Menggunakan pasta berbentuk spiral yang direbus sehingga lembut. Bila kita cucuk kat garfu tu meliang-liuk ia, seksi sungguhhh. Sos pastanya menggunakan tomato yang dicincang dan dagingnya pun sungguh lunak, bukan guna daging cincang.
Green Mussel Vongole (RM29)
Sosnya seakan aglio olio, tapi nampak tak yang cengkerang siput kecik-kecik tu. Sk terkejut eh tengok pada mulanya, terfikir, boleh makan ke siput ni. Lepas tu baru perasan ianya krim yang dipicit berbentuk cengkerang siput. Kreatif betul. Bila kita gaul dengan pasta, love sangat rasa dia. Sk kan suka pasta yang creamy. Cuma kupang tu dah berubah bentuk dan rasa kupang dah. Mungkin ia di frozen terlalu lama.
Yang pakai topi putih tu, Tik Tokers Faizal Nasir. FN ni selalu share tempat makan menariks kat JB ni. Sebelum kami balik, menyempat pulak dia interview Iman untuk berkongsi pengalaman makan di Spazzo ni. Masa nak balik, siap hantar sampai pintu. Lepas tu, dengar suara, "kakak.. kakak..," ingatkan Faizal ke panggil, tapi dia dah masuk dalam. Rupa-rupanya ada seekor burung kakak tua sedang bertenggek pada besi di kaki lima kafe menegur kami, hihihi.
Tak boleh move on la, Sk cerita dengan PI keenakan makan di sini dan tentang burung kakak tua tu. PI kurang sikit pasta-pasta ni, tapi bila dengar cerita pasal burung kakak tua tu, dia teruja pulak. PI kan suka binatang. Sk cakap jugak, kalau PI nak makan steak, ada jugak.
Dengan plating elok macam tu, rasa pun sedap, bayar mahal sikit takpe.
Malam tadi la PI ajak ke sini. Eh eh, menu dia dah buat yang baharu.
Fork Tender Lamb Ribs, 500 gms (RM89)
Serius sedap gilerrrrr! Lamb dan side dish sedap. Salad segar, kentang garing dan empuk. Daun-daun taburan dia tu semua fresh, macam baru petik kat pokok, bukan guna dalam botol punya ya. Daging kambing pun lembut, lerai dari tulang. Kemudian yang putih tu bertih, rasa rangup gitu. Ni tak habis ya, patutnya menu ni lebih sesuai berkongsi kot. Tapi, Sk dan Iman pun dah pesan main course sorang satu, hihi.
Sk pesan Creamy Carbonara (RM29). Ni bukan sebarang-sebarang sos carbonara, ia lebih creamy dan sedikit pekat. Sk pulak, dari datang yang pertama kali hari tu, dah berkenan tengok bentuk pasta ni. Ia seakan macaroni tapi beropol di sisi. Pasta carbonara ni dimasak bersama daging itik, empuk dan lembut sungguh. PI tak nak jamah pun, dia kata, kesian donald duck kena makan.
Lepas tu ada poached egg kat tengah-tengah. Kena makan hati-hati, jangan sampai pecah, hahahaha
Daging itik dia diperap dengan rempah ratus sebelum dipanggang. Nampak tak serbuk yang perang-perang tu, rasa dia masin-masin berempah. Memang rasa tak rugi bayar RM29 untuk pasta yang sesedap ni.
Mushroom Truffle Cream (RM28) untuk Iman. Sk lupa nak jamah, Iman kata sedap, cendawan dia banyak. Bentuk pasta dia sama dengan pasta Sk.
Mula datang berdua, lepas tu datang bertiga. Staf dia pun terus kenal Sk dan Iman, ialah, baru aje datang hari tu, kan. Kali ni tak ambil antipasti sebab tahu dah porsi makanan dia besar. Tu PI punya tak habis, bungkus laaa apa lagi, hihihi.
Tengok bil macam gini, rasa malam ni mesti Sk kena masak pulak, hahahahaha.
Makanan best berbaloi repeat kan...PI Belanja ke SK belanja tu...heheheh
ReplyDeleteBagusnya pasta dia buat sendiri. Nampak sedapnya. 😋 Eh, burung kakak tua tu, ada tak, yang datang kali kedua dengan PI tu? Hehe..
ReplyDeleteOOooh kalau beratur nasi kandaq takpe pulak ek. Ini tidak adil. hihi...
ReplyDeleteBetul tu, mostly cafe akan tutup hari Isnin, Selasa atau Khamis. Kann..rasa sos dalam tin tak berapa sedap. Yang authentic juga sedap.
Kedai baru bukak ni biasanya best pergi. Bagusnya dia siap buat description. Kena study dulu lah pulak. Lawak lah pulak.
Tik Tokers Faizal Nasir tu tak kenal lah pulak. Confit Garlic Bruschetta nampak macam menyelerakan. Aduh, semoga menu diasedap-sedap. Tapi tengok resit dia, terus rajin masak. hihihi...