Assalamualaikum WBT
BARU lepas telan dua biji panadol lepas makan donat dua ketul. Pagi tadi, nak beli sarapan nampak nasi ayam. Hurmm, macam menariks pulak buat makan lunch. Jadi, Sk beli dua biji donat buat sarapan dan nasi ayam beli siap-siap untuk makan tengahari. Makan panadol tu sebab rasa macam sakit kat belakang bawah bahu kiri dekat tulang tepi tu. Nak kena tukar tilam agaknya, nak cari yang empuk, yang boleh melentur ikut cara macam mana kita tidur, hahahaha.
Sk ingat, dah buat draf untuk entry Mengopi di Lapisan Pâtisserie ni. Dah siap masuk gambar semua rasanya tapi kenapa tah, tak ada dalam draf. Tu takpe, ada beberapa gambar terutama gambar resit dah takde dalam galeri. Dalam recycle bin pun yilek, dah empty recycle bina tu gara-gara telefon Sk dah beri amaran beberapa kali untuk mengosongkan memory handphone.
Sambil mengopi sambil bincang-bincang sama ada hendak beli telefon baru atau format sahaja telefon yang ada. Telefon Sk tu, percuma, model A15 Samsung jer pun, tapi simpan macam-macam maklumat penting. Rasa leceh pulak la kalau tukar telefon. Lainlah kalau guna iPhone, kan. Dia pindah jer data dari iPhone lama ke iPhone baharu.
Jap.. nak cerita pasal telefon ke, pasal Lapisan Pâtisserie ni? Hahahah.
Okey. Sebab gambar resit dah hilang, Sk pun dah lupa nama-nama Petite Cake yang kami pilih semasa mengopi di sana. Yang merah tu, pilihan Iman, terpaling sedap. Yang coklat tu kita pilihkan untuk PI, memang sedap la, coklat, kan. Petite cake ni comel aje, kecik dari tapak tangan.
Creme Brulee Cronele untuk Tuan Tanah Kedaung. Selain creme brulee, ada filling coklat dan pistachio. Cronele ni teksturnya macam croissant sikit dan ada inti dipaipkan ke dalamnya yang berongga.
Ni pun ambil gambar pinjam telefon PI. Sk dan Iman jer mengopi, PI kita pilihkan jus lemon & markisah. Lama dah teringin nak makan kek di Lapisan ni tapi tak ada peluang sebab tak pernah tak penuh. Dulu, dekat ni SF Coffee, dah tutup, ganti dengan Lapisan. Lapisan ni di bawah pengurusan Secret Recipe, ada main course jugak selain dessert dan kopi.
Keluar dari kotak parking, macam tak berapa nak bergerak. Dia kalau jadi macam ni, adalah sebabnya.. sama ada, nak tunggu kereta lain masuk parking atau ada kereta yang tak cukup baki touch n go masa nak sentuh kad untuk keluar dari palang. Tapi, lain macam eh dia punya tak bergerak tu. Dari 1 minit ke 5 minit.. 5 minit ke 15 minit.. 30 minit pun masih tak dapat keluar. Mengesotttt.
Dari setengah jam mencecah 1 jam.. 2 jam.. masih tak lepas keluar dari bawah tanah tu. Aaaaa.. tak boleh bayang jika ada kecemasan.
Lepas tiga jam baru nampak matahari, huhuhu. Selalu tengok kat medsos aje kisah orang lain sangkut nak keluar midvalley, tu pun selalu terjadi waktu malam. Ni siang lagi uiii. Tak tahu la cerita sebenar pasal apa. Ada yang kata, lori rosak atas jambatan Permas. Ada yang kata ada kemalangan di lebuhraya EDL. Pitam la macam ni. Serik dah nak pergi MV lagi, huhuhu.
dah banyak bakery jual petit cake ni.. bla tgk harga boleh tahan jg... tp sesekali mengopi mcm ni... ok laa kannn...
ReplyDeletepetite cake tu comel...senang tkyah yg besar2 kn...fuh sangkut smp 3 jam nk kuar parking ye...jenuh juga
ReplyDeleteSeyes lah dia punya stuck tu sampai ber jam perginya. Mesti rasa serik nak datang kan. Comel nau petite kek dia kurang sikit dari saiz tapak tangan. Tapi okay sangat kalau nak beli kek untuk birthday seseorang. Taklah dia kena makan sebiji kek besar tu kan.
ReplyDeleteeh, lama betul nak kelar dari parking pun...kalau selalu macam nie, memang fikir banyak kali nak datang.. hahaha...
ReplyDeletecomel betul kek nya
Creme Brulee Cronele mcm cannelle...sampai berejam stuck..nasib yg dlm kereta ceria..
ReplyDelete