BURUNG PUYUH BEREMPAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


ALHAMDULILLAH .. Dah tiba hari Jumaat. Esok dan ahad dapatlah berehat dua hari. Hurmmm.. tapi, rehat ke? Hehehehe.


Ada jualan penghabisan stock burung-burung. Burung apa? Burung puyuh la ya, bukan murai, heheheh. Ada dua jenis iaitu perap dan tidak perap. Harga burung puyuh perap, RM25 sebungkus, yang tak perap, RM20 sebungkus. Sebungkus ada 10 ekor katanya, Sk ambil yang perap, tapi yang tak perap tu lupa pulak nak ambil gambarnya. Cuma macam musykil kenapa yang tak perap bungkusannya besar dua kali ganda dari yang perap. Rupanya yang perap ni isinya cuma 6 ekor jer la. Salah info.


PI tak makan puyuh (burung). Dia kata kesian sebab tengok macam Tweety. Padahal ada jer kartun ikan, lembu, ayam, kambing.. boleh pulak makan ek.


Arahan penyediaan, goreng selama 4 - 6 minit tapi Sk masukkan dalam air fryer.


Dah lama beli dari zaman Iman sekolah ni. Orang lain semua dah pakai air fryer digital kita masih guna knob pusing-pusing, hehehe. Ni Sk set 180° selama 10 minit. Kalau air fryer masih baru mungkin boleh kurangkan masa dia.


Selepas 10 minit.


Kita terbalikkan la pulak. Kali ni set 8 minit aje.


Masak sempurna dan empuk daging puyuh. Rempah perapan dia tu rasa macam rempah sate pulak dan sedikit manis. 


Lain kali kalau ada offer lagi nak beli yang tak perap. Sk lagi suka jika diperap dengan garam kunyit sahaja.


Kebetulan PI nak makan nasi, jadi untuk PI, kita panaskan lauk Ayam Sambal dia dan Sotong Goreng Kunyit pun ada lagi. Tenggek jer atas pengukus rice cooker masa masak nasi. Mujurlah PI ni jenis orang yang boleh makan lauk semalam. Tambah telur mata letak kicap pun dah cukup bagi dia.


Burpp.. Alhamdulillah.
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Goreng kunyit lagi sedap rangup rasanya...pandai2 jer...

    ReplyDelete
  2. sedap buat kudapan meratah ni kak,tak jadi nak buat lauk makan nasi

    ReplyDelete
  3. burung puyuh memang feveret saya.. goreng kunyit pastu ratah sekor2 gitu..hehe

    ReplyDelete
  4. Burung puyuh ni kegemaran suami saya, tapi yang lain2 tak berapa gemar sangat. Saya pula suka kalau goreng garing.

    ReplyDelete
  5. AF kita pun jenis pulas2 gini...pakai je sampai lunyai. Ada satu lagi AF yang boss bagi as birthday present masih lagi dalam kotak. harap2 tak mereput dia kat dalam tu

    ReplyDelete
  6. Sama macam adik ipar saya ni, katanya kesian nak makan puyuh kecik sangat 😄
    AF saya beli sekitar 5 tahun lalu, masa tu memang saya pilih jenis tombol sebab hasil carian mendapati kalau jenis digital mudah rosak.

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan puyuh... Jarang jumpa orang jual dekat sini. Goreng dgn garam kunyit mmg sedap, bagi masin² sikit pastu gigit tulang² dia tu waduh sedapnya!
    AF kita pun jenis pusing² ni juga SK.

    ReplyDelete
  8. Dulu- dulu kat kampung..semak lalang kat belakang rumah jadi habitatnya..Untung nasib tahan perangkap dapat ..Sekarang dah ada orang ternak..Apapun puyuh air fryer SK nampak sedap

    ReplyDelete
  9. Senang dah siap perap tu. Lama tak makan puyuh.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!