LONG CALL, IZZAT ISKANDAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini Sk ambil cuti tahunan bagi meraikan anak saudara Sk, Izzat Iskandar yang menjalani upacara 'Long Call' iaitu penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Tahniah, Izzat Iskandar, atas pelantikan ini. Namun sebenarnya perjalanan masih panjang,  semoga Allah swt permudahkan segala urusan Izzat Iskandar. Sk tak mahu tulis panjang-panjang tentang Long Call ni sebab risau tersalah bicara. Kita tengok gambar aje la ya.


Cuaca cantik hari ni bagaikan merestui sebuah perjalanan yang panjang memenuhi cita-cita sebagai peguam. Izzat merupakan lulusan undang-undang sivil dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan menjalani chambering di sebuah firma guaman di Johor Bahru.


Suka sangat tengok gambar ni.


Kawan-kawan Izzat pun datang meraikan Izzat. Tahniah lagi sekali, Izzat. Terima kasih sudi menjadikan kami antara orang penting dalam hidup Izzat.


Screen shot dari ig stories Iman. Dua sepupu yang sama-sama membesar dari bayi sehingga dewasa bersama. Semoga Iman ikut jejak kejayaan Izzat suatu hari nanti walaupun berlainan bidang.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahniah Izzat.
    Kenangan terindah dalam hidup. Semoga terus berjaya, cemerlang dunia wal akhirat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Tahniah Izzat Iskandar semoga dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya, aamiin

    ReplyDelete
  3. Tahniah Izzat! Anak saudara Cie 5-6 tahun lepas di Mahkamah Temerloh. Cie pun ambil CR. 1st time masuk mahkamah masa tu tengok upacara tu. Kita pulak berdebar macam dibicarakan pulak 😅

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat anak saudara SK - Izzat 💐
    Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  5. wah tahniah Izzat! Semoga maju jaya sebagai peguam / pegawai undang2 🤲🏻

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah, tumpang gembira di atas kejayaan ini.. moga kejayaan demi kejayaan dapat diraih.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!