Assalamualaikum WBT
SUATU hari tu, balik dari Temerloh, rindu dengan anak bertuah. Lama tak makan bersama, ajak makan di Mana Cafe yang baru berpindah di Pusat Perdagangan Ion Medini, Iskandar Puteri. Mana Cafe ni sejak dulu ada jual nasi campur tapi Sk tak pernah lagi cuba. Masa datang ni betul-betul lapar nasi.
Nampak pulak lauk ayam masak lemak dan sayur peria, terus ceduk masuk pinggan la. Sambal belacan jangan dilupa. Boleh tahan sedap jugaklah masakannya.
PI tak nak makan nasi campur, dia nak makan nasi goreng ketam. Tergelak pulak Sk tengok pokok daun bawang kat tepi nasi goreng tu, hihi.
Ada goreng pisang, keledek, tempe, cekodok dan cucur udang. Ni dia dah siap letak macam ni la, dah tak panas. Boleh minta staf panaskan, dalam oven la tapi.
Goreng pisang dan cucur udang. Harga 3 keping RM2, boleh campur. Lepas diberitahu harga, Sk bangun dan tambah dua keping lagi
Iman datang dengan kawan dia, Ili. Muka Ili tak nak tunjuk, tangan jer boleh, hahah.
Iman pesan makanan favourite dia setiap kali ke Mana Cafe ni iaitu Sup Ekor Goreng. Aduh, baru teringat la, lupa nak jamah sup ekor goreng Iman, haha.
Ili pesan Daging Lada Hitam kot. Gigi masih kuat dan rapat lagi, muda-muda bolehlah makan banyak daging. Nanti dah umur macam bonda, makan ikan jer la yang senang nak lumat, hahahaha.
Burppp.. Alhamdulillah.
Kita pun rindu anak dara kita...tapi haari ni dia balik cuti seminggu study week...
ReplyDeletekalau ada goreng tempe ..memang ambik yang tu dulu la..
ReplyDelete