Assalamualaikum WBT
SELASAI sudah tugasan Sk sebagai AJK Pendaftaran dan Perarakan Graduan Majlis Konvokesyen kolej tahun ini. PI pulak petang ni bertugas membuat liputan Kejohanan Hoki Piala Antarabangsa Bawah 21 tahun, Piala Sultan Johor 2025. Pagi tadi, sempatlah Sk sediakan sarapan roti dan telur untuk PI sebelum keluar. Sk perlu berada di kaunter pendaftaran graduan sebelum jam 11 pagi walaupun waktu pendaftaran jam 12 tengahari. Jika tahun lepas Sk ikut bersama-sama memasuki dewan bagi majlis sidang petang, tahun ini Sk memilih untuk balik. Tu takpa, dapat duit elaun makan patutnya belilah makanan yang dijual di Fesko, eh, tidak. Sk sanggup balik rumah masak nasi, hehehe.
Kisah malam tadi, pergi makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Masakan Cina Muslim di Taman Senai Utama. Lama sudah tak makan di sini. Ada sekali tu datang tapi tutup, lepas tu kami pergi makan di The Grand by Adam's Kitchen, Kulai, ada Sk ceritakan
DI SINI.
Sk terasa nak makan Nasi Ayam Hainan, bila PI ajak ke sini. PI tetaplah dengan tujuan asal dia nak makan mee rebus. Tapi, tetaplah kena study menu-menu lain jugak, hihi.
Menu masakan ayam, ikan dan udang.
Menu sayuran.
Menu telur dan tauhu.
Menu sampingan.
Pelbagai pilihan masakan berasaskan mi.
Menu Asian seperti Asam Pedas, Ayam Penyet dan bubur. Nampak bubur berlauk, rasa teringin pulak, tak jadilah nak makan nasi ayam.
Ikan bakar pun ada ya.
Serentak sampai semua pesanan. Sk tak sempat nak ambil gambar Mee Rebus PI. Presentation dia mantap, rasanya pun sedap. Portion besar sampai PI tersandar kekenyangan.
Dah pesan mee rebus, PI kata nak sup kambing jugak. Dah menyandar tu, memang tak larat la nak makan sup kambing. Sk jamah sikit, cukup empuk kambingnya, sup pun sedap. PI pun jamah seketul aje la, yang lain bungkus. Tu takpa, pagi tadi masa sedang panaskan enjin, baru Sk perasan, plastik sup kambing tergantung belakang seat kereta, huhuhu.
Selain tu, pesan jugak Chicken Lemon untuk ratah-ratah. Sos lemon dia macam jeli kristal nona la pulak, hehe. Tapi, ratah jugak la ayamnya sampai habis, sos lemon Sk tolak tepi.
Sk tanya PI, kita ada order kangkung, ke? Pekerja dia baru nak jawab, baru Sk teringat yang Sk pesan Bubur Nasi Berlauk. Kangkung tu kan lauk bubur. Sabar aje la.
Lauk sampingan bubur nasi selain kangkung belacan, ada lobak asin cincang, sambal tumis, kacang tanah goreng, ikan masin dan telur asin.
Penuh semangkuk bubur dia. Portion bubur dia lagi banyak dari Bubur Nasi No 1 yang biasa Sk pergi tu tapi rasa dia memang tak boleh lawan rasa Bubur Nasi No 1. Hurmmm.. minggu depan lagi satu la ajak PI pergi sana sebab mulai esok sampai Sabtu depan PI sibuk dengan hoki.
Burppp.. Alhamdulillah.
Fav chicken lemon. Susah nak jumpa yang sedap.
ReplyDeleteAduh, sayangnya sup kambing tu...
ReplyDeleteBubur nasi & the gang tu mengenyangkan. Makan malam² rasa tak berat sangat perut.
Allahu...sayamg sup kambing duduk kat dalam kereta!
ReplyDeleteTengok bubur kosong tu pun dah boleh terliur ni..apa lagi lemon chicken & sup kambingggg
ReplyDeleteOkeh! Sama! Peminat sup kambing! Nak2 kala empuk
ReplyDelete