ROTI GORENG & SUP KAMBING

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


BEBERAPA hari lepas, masa nak masukkan kereta dalam garaj, Sk perasan, almari pinggan mangkuk yang kami letak kat dalam garaj, macam dah senget ke depan. Dalam almari tu ada gelas-gelas kaca, mangkuk-mangkuk dan pinggan hidang yang jarang dipakai. Bukan jarang lagi tapi rasanya sejak almari tu dipindahkan keluar selepas beli Almari Billy Ikea, memang tak pernah guna dah. Ya Allahhhh, takut sebenarnya bila baca bab hisab-hisab harta yang tak digunakan ni tapi tu la, nak kemas tu macam tak ada masa (sebenarnya malas).

Bila tengok gerobok dah ke depan tu, teruslah risau. Karang tak pasal-pasal tumbang atas kereta pulak. Jadi, Sk letak kereta di luar garaj. Almari tu dekat bahagian Sk punya parkir. Keesokannya, balik kerja, Sk keluarkan barang-barang dalam tu. Longgok dulu la kat depan tingkap. Dua hari la kereta park kat luar. Semalam la, baru dapat declutter. Bukan sahaja ada barang-barang kaca, ada buku-buku dan novel jugak. Ni haaa.. beg zaman pasukan JDT belum bergelar JDT pun ada. PI kata, beg ni dia nak jual kat ebay, hahahaha.



Malam semalam, PI ada Majlis Anugerah Media di Persada Johor. Sk panaskan sup kambing yang tapau dari Restoran Nasi Ayam Hainan yang tertinggal satu malam dalam kereta tu. Sk tak buang pun sup tu sebab masa tapau tu pun dah malam dan semalaman dalam kereta, tak kena panas. Sk cium baunya, tak ada bau masam, masih bau sup kambing, jadi Sk terus masukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillah, nak panaskan tu pun Sk bau lagi, bila dah panas, Sk rasa sikit sup dan kambingnya, masih elok lagi. Sk terus panaskan sehingga betul-betul mendidih.


Ni pulak lebihan roti yang beli untuk buat sarapan hari bertugas konvo. Masa beli tu, dahlah jenama kesukaan tak ada, ada dia aje tapi saiz jumbo. Makannya lima keping aje. Tu la Sk buat Roti Telur. Pecahkan telur dua biji, letak garam, letak sikit pes cili dan bawang kisar, kemudian kocak dengan garfu. Roti tadi, potong empat, celup dalam telur kemudian goreng dalam minyak terendam (deep fried). Ni makan sambil tengok filem Martabat, hahahah. Entah apa-apalah cerita tu tapi layan jugaklah sambil makan roti telur ni, hihi.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib baik selamat dan boleh makan lagi sup kambing tu ye...selamat x bazir...sedap tu roti cicah sup kambing..

    ReplyDelete
  2. Kat mana pinggan-pinggan tersebut akan diletakkan?
    Itulah kalau tidak ramai orang di rumah. Rumah inioun beli roti saiz biasapun ambil masa haniskan.

    ReplyDelete
  3. mujur masih elok, kalau tak sayang la.. sup kambing memang A..

    ReplyDelete
  4. kat rumah ni dah lama tak beli pinggan mangkuk guna aje mana yang ada. Kalau terpecah pun ok ja. Sedapnya sup kambing.

    ReplyDelete
  5. Huih tak basi ek. Mesti cukup masak rempah ratus sup tu yang tak basi.

    ReplyDelete
  6. Dalam kurungan (sebenarnya malas) tu yang tak boleh belah tu....

    ReplyDelete
  7. PH plan nak layan martabat tu malam ni. Nmpk santai je ceritanya.
    Alhamdulillah masih ada rezeki SK sup kambing tu...

    ReplyDelete
  8. Sedap, ada sup kambing panas-panas, dan roti goreng. SK declutter barang, baca di blog Mulan pun declutter juga. Saya ni entah bila nak buat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!