MAKAN DI ORIENTAL KOPI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


BEBERAPA hari ni, PI ajak tengok filem di NF sama-sama. Hari tu, tengok filem tamil Idli Kadai. Kisah seorang anak yang balik ke kampung selepas ayahnya meninggal dan membuka kembali bistro ayahnya yang menjual idli. Tak habis tengok, Sk tidur dulu, PI la layan tengok sampai habis. Yang baru ni, filem Gayung lakonan Beto Kusyairi, pun sama, babak adegan Jepun serang Singapura tu, Sk dah mengantuk, hahaha. Malam tadi, tengok filem seram Indonesia, Jalan Pulang, pun cerita belum habis dah tidur, hahaha. Sebab tu la Sk tak boleh tengok drama bersiri secara marathon. Memang tak tahan mata ni, heheheh.


Ah, berbalik kepada tajuk, hari tu PI ajak makan di Oriental Kopitiam cawangan Paradigm Mall. Masa tu kami ikut lebuhraya Perling - Pasir Gudang. Sk cadangkan kami ke cawangan di Aeon Bukit Indah jer yang lebih dekat. Nak parkir pun tak naik bertingkek-tingkek. 


Dalam order chit ni dah tulis siap-siap menu yang dah habis. Tapi, Sk nak makan Penang Curry Mee tak silap, pun dah habis, agaknya baru habis la kot.


 Muai betul tengok cendol di OK ni.



Itu dia penggemar cendol. Malam-malam pun layan.


Kita pun tumpanglah sekaki. Sedap la cendolnya, aisnya halus mulus, santannya lemak dan manis gula Melaka.


PI ajak ke sini sebab dia nak makan Mi Udang. Udang dia besar dan segar. Mi udang kat sini sedap dan menepati selera PI. 


PI minta cili padi potong letak kicap cair. Lepas tu tuang kicap cair dalam kuah mi udang. Kalau Sk tak suka la kot tambah kicap cair nanti larilah rasa mi udang tu kan. Satu lagi, kalau makan mi bandung pun PI suka tambah sos tomato.


Dry Pan Mee pilihan Sk. Condiments untuk Pan Mee ialah ayam carik, ikan bilis garing dan fish cake. Ada sayur sawi pakchoy dua helai dan tauhu ikan tiga segi tu serta poached egg. 


Gaul dulu sebelum makan. Dry Pan Mee ni memang makanan kegemaran setiap kali makan di mana-mana kopitiam. Kalau ada Pan Mee, Sk mesti pilih. Kecuali jika ke Hock Kee Kopitiam, nak makan Laksa Johor, hehehe. Hurmmm.. teringin pulaklah nak ke sana makan Laksa Johor pulak, hehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya peminat cendol, tergoda betul tengok cendol meriah 😋
    Unik cara PI menikmati mi udang dan mi bandung 😀

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak boleh tengok drama bersiri tak sabar nak menunggu next episode. Cerita yang slow pun tak boleh hahah...

    ReplyDelete
  3. Anak2 Cie suka jugak dry pan mee tu. Kalau ke oldtown white coffee order tu jela.

    ReplyDelete
  4. Saya kalau tak boleh tidur, buka NF, mesti tertidor punya. 😁 Sedap tengok dry pan mee tu. Penuh condiments-nya.

    ReplyDelete
  5. Baru nak tanya best ke tidak citer IK, SK tidur la pulak. Kena tengok sendiri la ni ahaha 😂
    Eh, kita pun suka letak sos tomato dlm mee rebus atau mee kuah masa nak makan. Mee Bandung tak sure pulak pernah letak ke tidak hehe

    ReplyDelete
  6. Saya datang! Rindunya nak datang sini.

    Pak Inche' memang setia dengan filem tamilnya ye. Suka betul dia. Kalau bukan minat atau bosan, memang tidur dululah jawabnya. Marathon pun kalau nak cepat habis, skip je mana yang slow tu. hihi...

    Tak bestnya kalau nak makan, makanan tu ada. Penuh topping cendolnya ye. Peminat cendol sukalah tu. Memalam mencendol pun tak ada hal. Suka juga jenis aisnya halus. Barulah best.

    Menawan betul tengok mi udang tu. Rare betul makan letak cili potong dengan kicap. Lain macam cara makan Pak Inche'.

    Ingatkan bubur, rupanya dry pan mee. Kira berbaloilah makan kat sini kan. Semua sedap. Itu yang buat teringat-ingat dan datang makan lagi.

    ReplyDelete
  7. Cendol gula melaka sedap kan SK. Lemak-lemak manis.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!