Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk, Angah dan Cik Ani serta ahli keluarga masing-masing menghadiri kenduri Tahlil dan doa selamat di rumah pusaka arwah Pak Uda Sahar di Kampung Belahan Tampok. Arwah Pak Uda Sahar merupakan abang arwah ibu Sk. Kenduri ni anjuran sepupu-sepupu kami la, anak arwah Pak Uda Sahar.
Abang Taib, anak sulung, di sebelah tu isteri beliau. Sekali pandang macam Bamroy Madam Musfirah la pulak, kan. Tapi yang ni dah tak berapa muda la, hehehe.
Sk dan Angah bersama Kak Kayak dan Kak Normadiah (baju biru muda). Masa Kak Normadiah kahwin dulu, kami berdua dengan Along la yang tukang inaikan, hihi.
Bila ada majlis macam ni barulah dapat berkumpul. Ni sepupu yang lain belum sampai lagi. Sampai kami balik pun semua masih belum muncul.
Jamuan dimasak sendiri oleh mereka adik-beradik. Antaranya nasi putih, nasi ayam dan laksa Penang. Lauk-pauk untuk nasi putih ialah sayur masak lemak, sambal tumis udang, ikan cencaru masak sambal, rendang daging, ulam dan sambal belacan.
Buah nangka ni manis sangat, kata PI. Sk kurang sikit makan buah nangka. Atas nangka ada epok-epok.
Kuih Lopes.
Kek marble, kek sarang semut dan kek lain pelbagai perisa.
Kaswi Leleh.. aisehmannn.. menyesal pulak tak makan kuih ni. Cemana nak makan, perut dah penuh masa dia sampai.
Roti Jala ni pun tak makan.
Laksa Penang Cik Ani makan.
Pinggan Sk, nasi putih, ulam raja, ulam timun, sambal belacan, sambal tumis udang, ikan caru sambal dan sayur masak lemak. Sayur tu ada rebung, nangka dan carrot.
Angah makan nasi ayam.
Izzat pun makan nasi ayam.
Ni pinggan Jeika, nasi putih dan rendang daging.
Ni Ilham punya kot.
Yang ni Che Li punya.
Ni pinggan Cik Ani. Pinggan PI lupa nak snap pic sebab dia lambat ambil nasi.
Asyik menjamu selera. PI makan nasi putih jugak.
Makan sambil gossip ke?
Angah tiga beranak aje. Indah kat kolej, Abang Jamal tak ikut. Iman pulak ada program Feskoo.
Kami!
Buah tangan - Pisang dua tandan ko!
Goodies kelapa muda, hahahaha. Kak Iza tanya, ada parang tak kat rumah? Sk jawab ada, kalau tak ada, bawa pergi kedai Acheh minta potongkan, hahahah.
Sedapnya lopes tu fav Cie. Meriah menu ye macam2 jenis ada tu.
ReplyDeleteBagusnya adik-beradik gotong-rotong masak. Sedap-sedap pula tu. Semoga tambah erat silaturrahim.
ReplyDeletesedapnya tgk kaswi leleh ngan buah nangka tu
ReplyDelete