Assalamualaikum WBT
PAGI ni pergerakan kenderaan agak perlahan selepas persimpangan lampu isyarat Taman Laman Setia. Pukul 7 masih belum lepas lagi masuk lebuhraya. Layan aja la mengesot pelan-pelan, lama-lama sampai jugak office tapi nampaknya hari ni tak dapatlah balik pukul 4.30, hihihi.
Meh la tengok rupa Kari Ikan Merah yang Sk masak hari ahad lepas. Hari sabtu tu, sekali lagi PI meratib nak balik kampung angkat. Sk cakap, kita kan dah janji nak
pergi kenduri En Nas. Ehhh, nak pergi lepas kenduri, dia kata. Malas Sk nak layan. Tapi tu la, bila tak ke mana-mana, dia pulak mengidam nak makan macam-macam. Pagi-pagi ahad tu, dah keluar ke pasar tani, baliknya bawa bawang besar, bawang kecik, serai, halia, timun, cili padi merah, limau nipis, bendi, ikan merah dua keping (badan dan ekor), ikan kembung 2 ekor, udang 16 ekor kot dan roti canai 4 keping buat sarapan. Udang tu buat stock la, ikan merah minta buatkan kari dan ikan kembung suruh goreng garing-garing.
Resipi Kari Ikan Merah Sk
Bahan-bahan:
Ikan merah 2 potong
Bawang besar merah sebiji dimayang
Halia seinci dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
Daun kari 2 pelepah
Rempah tumis
Rempah kari ikan 2 1/2 sudu
Serbuk cili setengah sudu
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Air anggaran 4 cawan
Santan kotak (Kara) 30ml
Asam gelugor 2 keping (kecik)
Minyak masak untuk menumis
Bendi
Tomato
Cili padi
Garam
Ajinomoto
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak secukupnya anggaran 1/2 cawan.
2. Masukkan bawang, halia dan rempah empat sekawan, tumis hingga bawang layu, kemudian masukkan daun kari, kacau sekejap.
3. Masukkan rempah tumis, kacau sekejap.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tuang air setengah cawan, kacau rata, biar hingga terbit minyak, kemudian tambahkan lagi air setengah cawan, kacau dan biar hingga terbit minyak, tambahkan air lagi. Ulang-ulang prose's ini sehingga Kari cukup pekat dan cantik.
5. Masukkan santan pekat dan tambahkan air, kacau lagi dan tambah air.
6. Masukkan ikan dan bendi, kacau-kacau sikit. Letak asam gelugor, garam dan ajinomoto. Masak anggaran 10 minit atau hingga ikan empuk.
7. Akhir sekali masukkan cili padi dan tomato, kacau sekejap, tutup api.
Selalu nampak orang share di medsos, lalat masuk ikut lubang penutup periuk macam ni. Walaupun belum pernah berlaku dan rumah Sk jarang banyak lalat, tapi kadang-kadang ada jugak sekor dua yang sesat. Risau jugak kalau kita tak nampak dia masuk, kan. Biasa Sk sumbat lubang ni dengan tisu tapi hari tu ada yang kongsi idea bernas, masukkan bunga cengkih. Cantiklah rupanya dari kita sumbat dengan tisu, hihi.
Ikan kembung Sk perap dengan garam dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit tu beli dekat Pekan Sari Temerloh. Ni goreng sekor jer, sekor lagi simpan.
Petua elakkan ikan melekat di kuali, panaskan kuali dulu, baru masukkan minyak. Sebelum goreng ikan masukkan asam keping dahulu. Tu pun sebelum-sebelum ni ada masa melekat jugak sikit. Hari tu tengok Madam Musfirah kongsi petua, asam keping tu kena gosok kat kuali sebelum masukkan ikan, Sk buat, memang tak melekat langsung. Tq, madam share. Abaikan la kuali legend tu ya, tu baru tengok depan, belum tengok belakangnya, hahaha.
Ikan goreng memang wajib la untuk PI. Kami dulu, makan ikan dalam gulai aje dah cukup. Kadang-kadang aje la ada ikan goreng ni. Oh, jangan tanya Sk la ikan kembung apa? Sk tak kenal, yang Sk tahu semuanya kembung, hehehe.
PI tanya, bendi dia beli elok tak? Sebenarnya bendi dia beli tu besar-besar, tengok aje dah tahu tua bendinya. Nak tegur tapi nanti dia merajuk pulak. Bila PI tanya, baru Sk cakap, ada yang tua. Ni nanti lain kali kalau dia nak beli bendi kena pesan, beli yang comel-comel. Tapi, rasa macam dah selalu cakap, agaknya lama tu tak membeli, PI lupa.
Ada ulam timun dan sambal belacan jugak, lupa nak posingkan sekali, hihi. Timun PI baru beli, sambal belacan stock sedia ada, nasib baik elok lagi sambal belacannya sebab PI tak membeli lada, dia beli cili padi merah tu jer. Aaa.. malam tadi repeat lauk yang sama la. Goreng ikan lagi sekor dan panaskan kari, ada sekeping lagi ikannya. Cuma tak ambil gambar, heheh.
PI buat jus tembikai. Tu takpe, dia masuk dapur nak buat jus tu, dia tanya blender mana? Masa tu, Sk dah macam... apa ni, setiap kali nak tanya, hahaha. Sekejap lagi dengar bunyi benda pecah pulak. "La haula walakuata illabillah" jenguk kat dapur tengok balang garam celtic Sk dah kat lantai. Nasib baik bungkusan garamnya tu Sk masukkan dalam balang, tak tuang terus dalam tu. Jadi, selamatlah garam, balang jer wassalam. Ni masalah kalau nak ambil barang kat belakang, pakai tarik aje, barang kat depan pun jatuh laa.. yassalam. Anak mak mentua begitulaaaahhhh.
Lubang tudung periuk tu biasanya wak sumbat dengan lidi satey.
ReplyDelete