MAKAN DI SS YONG TAU FOO

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEPERTI yang Sk pernah ceritakan sebelum ini, banyak kedai-kedai baharu dibuka di Taman Pulai Mutiara 2 yang terletak berhadapan dengan rumah teres tempat Sk tinggal. Beberapa tahun lepas, ianya merupakan ladang kelapa sawit. Macam sekelip mata aje dah naik kawasan kedai. Yang paling banyak, kedai makan dan kedai kopi, malah, kalau dari rumah Sk tu, boleh nampak Kopi Saigon. Macam dekat sangat tapi kena seberang jalan besar. Nak sampaikan ke jalan besar tu perlu melalui beberapa buah rumah jugak, tu la tu kena naik kereta jugak untuk orang yang tak rajin berjalan macam kami ni, hehehe.



Salah satu kedai makan di sini ialah SS Yong Tau Foo, jadi PI tertarik la nak makan kat sini. Ajak Iman, dia tak nak, dia tak minat YTF. Sk ni, antara dua la.. ada makan, tak ada, tak cari. Teringat zaman remaja dulu, masa tinggal di Kampung Seri Jaya, setiap kali ibu gaji, kami beramai-ramai jalan kaki ke medan selera Taman Kobena makan YTF dan sate. Siap seberang jalan, jalan raya Skudai tu tau. Masa tu kereta taklah sebanyak sekarang, tapi banyak jugaklah. Tak tahu mana datang keberanian tu, tak ada lagi jejantas masa tu, memang nekad jer la nak hidup.




Menu di SS Yong Tau Foo. Selain YTF, ada jugak Mee Kari dan Mee Kicap. Tanya Iman, nak tapau apa-apa tak? Dia minta Mee Kari, tapi Sk ni mak dia, kan.. SK tahu dia bukan nak sangat tapi dah tu jer menu yang ada. Jadi, lepas makan kat sini, kami ke De Selera Pantai Timur tapaukan dia Nasi Kerabu Ayam Bakar.




Banyak jugak pilihan YTF kat sini tapi SK suka yang jenis sayur berinti macam ni. Yang ni harga dia RM2.50 sekeping tapi tu la, saiznya tak konsisten.




Sk cuma pilih Terung, Peria dan Tauhu, yang lain semua PI la yang sepit masuk dalam mangkuk. Kemudian bawa ke kaunter untuk dikira dan dicelur. Pekerja akan hantar ke meja, kena bayar dahulu sebelum makan.




Tahu-tahu, RM40 ko! hahahhaha. Baru jer Sk cerita kat PI, nampak kat thread ada orang share dia beli YTF kat pasar malam kena sampai RM96, hehehehe. 




Tak wajar betul, orang bayar YTF RM40 bagi sambal sepiring kecik tu aje, kan. Dahlah orangnya berdua, bagi jerlah dua mangkuk, apa ke lokeknya, kena minta baru dapat. Bagi Sk, benda ni boleh fikir kot, tak perlu tunggu pelanggan cakap. Sos hitam tu pun kita minta baru dia hantar, hurmm. Sekali jer la datang, kata PI.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kadang2 curios juga orang YTF ni kira macam mana dorg ingat harga every item tu. Lagi2 kat pasar malam. Laju je potong masuk plastik RM30 sebutnya.

    ReplyDelete
  2. Kadang takut ye nak beli ytf dekat pasar malam. Seram dgn harganya.

    ReplyDelete
  3. sedap ni ada sayur sumabt tu. sekarang ni bayar fishball, fishcake, bebola aje kalau yong tau foo

    ReplyDelete
  4. Aduhai, RM40 untuk yong tau foo tapi sambal bagi sepiring kecik je? Memang betul kata SK, sepatutnya dorang dah boleh agak kalau datang berdua bagilah lebih sikit, tak payah pelanggan minta baru nak hantar. Kedekut betul! Lepas ni kalau PI kata sekali ni jer datang, memang faham sangat dah sebab apa. 😆

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!