TRAGEDI MAKAN KERANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


HARI Sabtu lepas merupakan Hari Jadi Indah. Sempena hari jadi Indah, Angah ajak datang makan-makan di rumah Senai, nak masak Asam Pedas Ikan Siakap, katanya. Sk dan Iman jer datang berdua, PI tak ikut sebab malam tu ada siaran langsung final bolasepak Sukma di TV.



Menu bertukar, dari Asam Pedas Ikan Siakap bertukar menjadi Kari Ikan Siakap. Puncanya, cili giling yang nak dimasukkan dalam asam pedas dah berbuih (basi). Selalu, cili tu dah giling (baca: kisar) siap dengan bawang, tapi yang ni Angah giling cili aje. Angah ingat nak giling sekali lagi cili ni dengan bawang sebelum ditumis, sekali, masa nak ceduk masuk dalam jug blender tu la perasan cilinya berbuih. Dia tak berkulat tau, tapi berbuih. Tak jadilah Angah nak masak asam pedas. Nak giling cili lain, tak ada stok cili kering pulak, katanya. SK agak, mungkin cili tu basi sebab ada sekali tu black out.



Selain Kari Ikan Siakap, Shell Out mesti ada. Dalam Shell Out ada ketam nipah, kepah dan kerang.



Hari tu baca dekat thread, ada soalan tanya, kalau masak ketam nak buka tak helmet dia ni? Kalau kami, wajib buka la. Kalau agak nak masuk balik dalam lauk pun kami buka dan cuci dulu, baru campak dalam kuali. Letak helmet ni bagi nampak meriah sikit, hehehe.



Selain tu ada Siput Gonggong jugak. SK kan petang tu makan Laksa Johor Double, jadi agak lemah jugaklah nak makan Shell Out. Makanlah sikit jangan tidak, orang kata. 


Baru tuari nampak kerang gergasi ni kat Restoran Seafood Market.



Rezeki la malam tu dapat makan kerang besar tapak tangan. Kerang ni Angah rebus gitu-gitu jer, tak masuk dalam masakan Shell Out.



Sup Tauhu seperiuk besar. Sk banyak makan ni jer la, lama tak makan Sup Tauhu. Teringat, sekarang viral Tauhu Crispy, dia guna tauhu lembut macam ni la.



Selamat Hari Jadi, Indah.

Semoga diberi kesihatan yang baik, panjang umur, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, sejahtera dan bahagia selalu, Amiiinnnn YRA.



Makan ramai-ramai, sebelum tu wajiblah bergambar dulu.


Terima kasih kepada tuan rumah merangkap tukang masak sebab selalu ingat nak masak sedap-sedap untuk kami. Tapi.. tapi.. Ni kami makan, Angah tak makan. Dia dah ceduk nasi dan lauk dalam pinggan, lepas tu dia kata sakit perut dekat bawah ari-ari tu. Lepas tu dia masuk bilik tak keluar-keluar. Lepas makan, Sk tengok keadaan dia dan beri air suam suruh selawat dan minum.



Lepas tu, pergi tengok, matanya dah bengkak sebelah. SK tahu, Angah ni alergik dengan ubat, tak tahu pulak kalau ada alergik dengan seafood. Selalu aje kan buat Shell Out, tu kan. Sekejap lagi, dua-dua mata dah bengkak dan satu badan gatal mengenyam ya. Angah makan kerang sebiji aje tu jamah masa masak katanya. Sk syak, kerang tu ada letak antibiotics untuk bagi segar dan tahan lama dan Angah kalah pada antibiotics tu. Izzat dan Ilham terus bawa Angah ke Bahagian Kecemasan Hospital Kulai. Ada nurse prihatin yang terus bawa Angah ke Zon Kuning dan terus dapat rawatan segera. Alhamdulillah, tak sampai bengkak salur pernafasan, kata doktor. Dan tak perlu masuk wad. Ni hari ni la baru baik betul matanya tu, tak bengkak lagi. Kalau tak, Angah kena pakai kaca mata hitam tarakuca tarakuca ca.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Happy birthday Indah! Jarang cili giling berbuih kan, biasa berkulat. Mujur jugalah perasan sebelum letak tu. Bertukar menu pun nampak sedap. Shellout ni jadi hidangan untuk ramai-ramai ni baru meriah dan syok makan bersama.
    Allahuakbar, teruknya allergic tu. Kejap je terus jadi macam tu. Semoga cepat baik. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Besar betul kerangnya tu. Sedap ke isi kerang besar2 gitu?

    ReplyDelete
  3. Oh? Itu helmet ke namanya? hehehehe

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Indah..
    Allahuakbar, tragedi sungguh la.. nasib baik cepat ke hospital, terus juga alergi Angah tu..

    ReplyDelete
  5. Hbb indah.
    Kesian angah, alergik sampai macam tu.

    ReplyDelete
  6. Aiiiiih , langsung berefek ke tubuh dari kerang tuh yaaa... Alhamdulillah tp tak menutup saluran napas.

    Memang harus hati2 bab seafood ini. Krn bagi orang yg allergic bisa buat Macam2 efek ke tubuh

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar seafood ada setengah nya boleh trigger alergik symptom. Kena cepat pi dapat, rawatannya sebelum jadi teruk. Semuga cepat sembuh. Selamat hari jadi indah

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..teruk jugak kesannya ya. Takutnya membayangkan kalau sampai bengkak salur pernafasan.

    Tengok kerang tu..mak aii besarnya!

    ReplyDelete
  9. Allahu, kasihan sungguh kat Angah! Mesti risau sangat bila tengok mata bengkak dan gatal satu badan macam tu. Nasib baik terus cepat-cepat bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Kulai dan tak ada bengkak salur pernafasan. Semoga Angah cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa...by the way Happy Birthday Indah yang manis...

    ReplyDelete
  10. happy birthday Indah..
    terkejut tengok gambar Angah tu bengkak sungguh matanya,nasib baik la tak melarat
    di Kuantan ni kerap juga jumpa kerang besar tu tapi tak pernah beli risau liat isinya

    ReplyDelete
  11. Ya Allah macam kawan Lin kena haritu Kak, pun makan kerang juga.. cuma satu jerr nak tau, masa bengkak tu, sakit ke Kak? atau bengkak jenis tak rasa?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!