MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, January 10, 2013

KEKAPIS AKA SHELL GORENG BERCILI

ASSALAMUALAIKUM...


DULU Seri Kandi panggil haiwan laut bercengkerang ini shell rupa-rupanya nama yang sebenar dalam kad pengenalan adalah kekapis, oooo... kekapis rupanya, hehehe. Bila tengok balik link lama tentang shell yang pernah Seri Kandi masak sebelum ini (sebenarnya Tuan Panglima yang masak) barulah Seri Kandi perasan ada seorang pembaca yang meninggalkan komen nama sebenar shell ini. Terima kasihlah kepada tuan/puan pengomen tu ya. Inilah rupanya kekapis yang selalu dimasak oleh Etiqa Masterchef Malysia 2 tu.

Sebenarnya di rumah Seri Kandi ni umat yang paling sukakan makanan macam ni adalah ER dan Tuan Puteri Yaya. Seri Kandi kalau setakat tolong-tolong makan tu bolehlah biasanya tukang habiskan ialah Tuan Puteri Kuat Makan tu. Alhamdulillah, sekarang Seri Kandi dah letak jawatan sebagai tong sampah, hehehehe.. tupun masih tak kurus-kurus jugak, makin gemuk ada :-( Selain dari suka makan, ER juga suka memasak haiwan bercengkerang ni. Kalau ER yang masak Seri Kandi rasa macam nak keluar rumah pakai purdah sebab Seri Kandi rasa malu disebabkan 'sound effect' yang dicetuskan ER di dapur Seri Kandi. Mesti orang ingat, teruk benar perempuan tu masak. Ketahuilah wahai jiran-jiranku, kalau terdengar bunyi orang memasak yang luar biasa tu bukannya hamba yang masak tetapi suami hamba, isk isk isk. Marilah layankan apakebendalah yang diletakkan oleh ER dalam kekapis ni ya dengan merujuk resepi yang terdahulu.

gemukkan isi kekapis ni ?
KEKAPIS GORENG BERCILI
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
1 kg shell (macam dalam gambar tu... hehe)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
1 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
3 helai daun limau purut dihiris
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan shell, gaul rata dan masukkan jus limau nipis. Taburkan daun limau purut dan biarkan sehingga shell masak dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan cili dan kicap cair.

Oh! Ya... Seri Kandi sangat suka semalam apabila menerima bingkisan yang diterbangkan jauh dari Negeri di Bawah Bayu. Ya Allah, terharunya Seri Kandi dengan susah payahnya menerbangkan untuk Seri Kandi. Siapakah insan yang baik hati tu ya dan apakah isinya akan Seri Kandi kongsikan di entry yang lain. Sehingga bertemu lagi di Alam Sari.

16 comments:

Ismaliana Sulaiman said...

lia x penah makan kekapis ni kak..sesekali nak juga merasa. kat pasar besar melaka ni x penah pulak nampak ada org jual.

Salmi Khairil said...

tau shell jer baru tau ini kekapis rupanya..hehehe

Qashmere said...

Kekapis ni sedap juga dalam tomyam. Just nak share info. Saya sendiri melihat di dalam TV. sekarang ni laut kita mengalami masalah laut merah. digalakkan semua tidak makan makanan berkerang-kerangan. seperti kerang, ketam, udang, kekapis dan sebagainya. paras toxin yang tinggi tidak dapat di lihat dengan mata, takleh di basuh dan masak untuk hilang kan toxin.

Kalau ada rasa sesak nafas, muntah keracunan makanan segera ke hospital.

Ini yang saya dengar semalam dalam tv. mungkin bole share pada yang lain.

L said...

bukan lala eh? huhu

Aziela said...

Pernah makan sekali dua jer... Tapi yang bestnya, kulit dia senang kopek..hehehehehe

aDisH.sHidA said...

xpernah makan..selalu makan retak seribu je..nipun dah lama xmakan retak seribu...huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ishh.. tak pernah nampak benda ni... maklumlah jarang2 masuk supermarket/pasar basah... kalau ada jumpa teringin gak nak rasa... mesti sedap kan?

Kesuma Angsana said...

like tis. mmg sedap. done nuff

Kakzakie said...

Ohhh... kakak pun baru tahu nama dia kekapis. Untunglah ER rajin ke dapur - kelantang-kelentung tak kisah janji dia sudi melakukannya. Kalau kakak dah lebih dari senyum tak tahu nak kata apa..

lady gamer said...

xpernah rasa...kene try nie...mesti sedap

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Ziarah,

Auntie tak pernah makan kekapis.
Wahhhh..nak juga try, tapi tak tahu mana nak beli..huhuhuhu

citarasa rinduan said...

juga teringin nak tgk en zalie bantu didapur

aien ibrahim said...

Kalau ada belilah lebih. Sedap btol rasanya. Toxid maxid tolak tepi

azieazah said...

Yang biasa kita tengok tu, kekapis dimasak tanpa shell nya, kan?

tun_telani said...

LOL~~ xtahan bab bunyi memasak luar biasa tu :p
scallop ye kak. nmpk gmbr isi tu mcm scallop dh, tp tun xtau cengkerang dia rupa camner. hihi

zuwaidah said...

Lala ke ni....

Share It

Anda Sukakan Ini?