BERMACAM LAUK.. SYUKUR SELALU

Assalamualaikum…

NAK komplen lebih nanti orang kata tak bersyukur.. Alhamdulillah, syukur nikmat kerana dikurniakan jodoh dengan orang yang suka makan. Daripada badan yang dulunya kurus melidi, sekarang dah jadi macam penyapu lidi sebemban, hahahaha.

Sebenarnya rasa bersalah pulak tadi terpost entri Wordless Wednesday. Dah kenapa? Tahulah puasa, orang lain puasa juga tapi masih ingat yang hari ni hari Selasa, macam mana Sk boleh rasa hari ni hari rabu pulak, mintak ampun ya.. jadi kita post satu lagi entri, bermacam lauk yang menjadi juadah Sk tiga beranak berbuka semalam.

Sebenarnya, biasa aje di rumah Sk ni makan satu dua lauk aje. Tapi tak tahulah bila setiap kali bulan puasa, Pak Inche suka banyak-banyak lauk atas meja. Cuma apa yang Sk nampak untuk tahun ni tak ada lauk hati dan limpa tiap-tiap hari macam tahun lepas, hahaha.


Ditembak skrin dari IG Iman Fatiha juadah yang memenuhi meja petang semalam.
Itu tak termasuk Bihun Soto dan Cucur Udang Utara yang masih dalam bungkusan untuk dimakan malam-malam. Pendek kata, walaupun siang hari berpuasa, namun acara sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam akan tetap berlangsung. 


Dalam pada suka menjelajah ke Pasar Ramadhan, tetap juga nak ada lauk yang Sk masakkan. Semalam sotong berada dalam carta teratas, kebetulan Sk pun teringin nak makan sotong sambal semalam.


Iman kata, boleh tak bonda masakkan Sotong Butter? Baiklah nakkk, bonda ni umpama chef, sebut apa saja, tung tang tung tang, terus ada atas meja.


Telur Pindang Ayam dan Burung. Tengok Iman kopek, malas nak berleter, penat.. puasaaaaaaaaaaa...


Pak Inche beli Daging Goreng Kunyit, banyak macam ni RM5. Okeylah kan.. bukan sikit tenaga nak guna memasak ni. Masakannya biasa ajelah, bolehlah buat teman sotong sambal tadi.


Di gerai lauk yang lain, Pak Inche ternampak pulak Ayam Goreng Kunyit. Dibelinya jugak RM5 jugak kot. Mula Sk tak makan ayam ni, dah tinggal sikit baru teringat nak rasa. Kenapa rasa sabunnnnnnnnnn?? Boleh pulak Pak Inche makan tanpa perasaan, hahaha. Agaknya sebab dia menyuap bercampur lauk, Sk suap ayam jer. Suruh Iman rasa, Iman pun cakap rasa sabun. Mampuihhh!


Tanpa gagal, mesti ada tako, onde-onde dan karipap. Karipap tu biasanya Pak Inche beli daging tapi kali ni dia beli dua ayam sebab daging tinggal satu. Percayalah sangat karipap daging ke ayam ke.. dua-dua pun inti kentang. Daging atau ayamnya dia letak seketul jer besar ibu jari. Hari tu Iman beli yang ada cheese, cheese nya seketul jer dalam tu, ingatkan macam cheese pizza tu, hahaha.

Raya nanti kompom muka berseri-seri sebab hari-hari makan kuih ni. Yang ni sedap giler, giler sedap, betul-betul sedap sampai Sk pun makan dua, hahaha.


Kalau tak kena tegur dengan Sis Lin, mesti sampai sekarang tak sedar hari ni Selasa.
Eh, tapi sebenarnya dalam kepala tau jer hari ni Selasa, kenapa tah buat entry WW..
 kuang kuang kuangggg

6 comments:

  1. Hahaha..comel jer buat ww hari ni...apapun semua tuh nampak best..bleh x share resepi sotong butter tu..anak dara SA suka

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum seri...nampak sedap jer menunya...

    ReplyDelete
  3. SK... meriahnya meja. macam2 ada! ayam sabun pun ada.. hihi

    ReplyDelete
  4. Hahaha..sebenarnya tak perasan pun tu entri WW..sebab tajuknya takde WW..masa saya tinggal komen tu, kak seri da tukar tajuknya ekk

    ReplyDelete
  5. Sotong butter tu nampak menyelerakan...nyummm

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih