MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR

Assalamualaikum...

TIP TOP Ikan Bakar sememangnya tidak asing lagi di kalangan warga JB dan warga Singapura yang datang berkunjung ke JB untuk membeli-belah.  Gerai Ikan Bakar yang terletak di Kg Mohd Amin ini sudah beroperasi puluhan tahun malah walaupun telah dipindahkan beberapa kali lokasi perniagaannya oleh pihak majlis,  ia masih tetap dicari oleh peminat ikan bakar di JB.  

Selepas sekian lama tidak ke sini kerana merajuk dengan harga minuman yang mencekik darah,  baru-baru ini kami ke sini melepaskan rindu, hahaha.  Bulan puasa dah nak menjelang jadi segala hajat anak tekak hendak ditunaikan.  Pedulilah dengan mulut orang yang suka mengata bab orang cari makan apa yang diidamkan sebelum puasa ni.  Eh,  suka hatilah,  dia tak minta belanja awak pun ya.  Jadi,  biarlah dia nak pergi makan sampai ke bulan atau perut bumi sekalipun,  kenapa pula awak sibuk nak perli dan sakit hati,  gituuu!


Tu diaaaa..  Penuh meja tak padan dengan orangnya bertiga, hahaha.  Nampak baby crab teringin pulak nak berkrup krap sudahnya tak habis terpaksa bungkus ikat tepi.  Kalau datang sini wajib ambil pari bakar dan sotong bakar.  Di Johor ni memang agak femes dengan masakan bakar bersambal. Dan belum pernah lagi Sk jumpa mana-mana sambal yang mampu menandingi kelazatan sambal ikan bakar di Tip Top.


Takut tak cukup,  ambil ikan pari dua keping.  Puas makan la lepas ni tak adalah nak teringat-ingat.  Iman ajak repeat masa birthday Pak Inche pun dah takde rasa teringin sebab puas makan kali ni walaupun sambalnya agak pedas tapi memang sedap giler tiada tandingan.


Sk dah cakap dengan Pak Inche,  takyahlah order Cakue Bakar ni tapi dia nak jugak,  sudahnya tak habis.  Macam tu la Pak Inche.  Sk dan Iman pun bukan minat sangat dengan cakue ni,  kalau ada ok tak ada pun tak kisah.

Nanti lepas raya boleh repeat..  Ke...  Masa buka puasa?

😛😛😛






3 comments:

  1. ya allah sedapnya..terus rasa lapar...

    ReplyDelete
  2. Bulan puasa nanti, ikan pari bakar melambung2lah harganya.

    ReplyDelete
  3. Wah enak tuh gan, cocok buat buka puasa nanti,.
    http://bit.ly/2HPhmg

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih