NASI KERABU ISTIMEWA VERSI SDS CAFE & BAKERY SEMPENA RAMADHAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI KERABU ISTIMEWA VERSI SDS CAFE & BAKERY SEMPENA RAMADHAN

Assalamualaikum...

ESOK, kita akan mula berpuasa. Pasti ramai yang merancang untuk memilih hari berbuka puasa di luar bersama sahabat atau keluarga tersayang.  Suasana tempat yang  selesa pastinya antara ciri yang menjadi pilihan untuk berbuka puasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga.


Jika anda mempunyai rancangan sedemikian namun  belum lagi membuat pilihan,  Sk ingin mencadangkan anda untuk berbuka puasa di SDS Cafe & Bakery.  Dengan tema Riang Ria Raya, tahun ini SDS Cafe membawakan empat pilihan masakan Melayu Tradisional yang dihidangkan bersama nasi bunga telang atau nasi kerabu.

Setiap hidangan nasi kerabu akan disajikan bersama Sate Ayam,  Telur Rebus Goreng, Papadom,  Acar,  Taugeh Goreng dan Sup Jernih.  Ia dihidangkan bersama lauk pilihan sama ada 'Sambal Hijau Whole Leg''Ayam Berempah''Rendang Chicken' atau 'Ikan Bakar (Tilapia) ' bermula dari RM16.90++ hingga RM18.90++.

Setiap hidangan disajikan bersama empat minuman pilihan anda,  Iced Teh Tarik,  Ice Bandung Soya,  Ice Lemon Tea dan minuman terbaru Iced Kurma Milk sebagai penghilang dahaga.

Sk telah berpeluang untuk mencuba sendiri keempat-empat hidangan ini tau dan memang Sk rekomen sangat betapa berbaloinya hidangan ini. SDS Café sememangnya tidak pernah menghampakan, apa yang anda lihat di dalam gambar bukan hanya ilusi semata tetapi akan dijelmakan dengan nyata.


Set Lauk Tilapia ini benar-benar mengingatkan Sk dengan Lauk Sambal Ikan Cuka yang selalu ibu Sk masak.  Memang sama sangat rasa sambal cuka tu.  Ikan tilapianya juga tidak hanyir,  tilapia memang selalu menjadi pilihan Sk setiap kali ke SDS.


Jika anda penggemar Ayam Penyet,  anda boleh mencuba set Sambal Whole Leg ni. Tentunya hidangan peha ayam yang dihidangkan bersama sambal hijau cuna bagi Sk sambal tu tak berapa power.  Kalau lagi pedas pasti lebih umph!



Bagi penggemar Nasi Kukus Ayam Berempah,  bolehlah ambil set ini.  Rasa rempah yang sempurna menyaluti ayam benar-benar mengingatkan Sk pada Nasi Kukus Ayam Berempah yang biasa Sk makan setiap kali ke kedai berkonsepkan pantai timur.


Rendang Ayam bagaikan menu wajib setiap kali bulan perayaan,  kan.  Jadi,  jika rasa tak sabar tunggu raya bolehlah minta set rendang ayam ni.  Rempah rendang yang terasa keasliaannya walaupun dihidangkan dalam cafe yang moden.


Selain itu,  jika anda lebih selesa berbuka puasa  bersama keluarga tersayang di rumah,  SDS Cafe & Bakery juga membawakan Set Ramadhan Meal & Take Away menu.  Terdapat lima pilihan yang boleh anda bawa pulang iaitu Mushroom Aglio Olio,  Golden Fish FilleT Aglio Olio,  Chicken Bolognese,  Carbonara dan Grilled Chicken Chop Aglio Olio.  Semua menu bermula dari harga RM6.90 ke atas.

Semua hidangan ini boleh didapati mulai 3 Mei 2019 hingga 14 June 2019 di semua cawangan café SDS iaitu The Mall, Mid Valley Southkey; Plaza Pelangi, Taman Pelangi; Desaru; AEON Tebrau City (FANPEKKA Café); Taman Johor Jaya; City Square; kota Tinggi; Taman Perling; AEON Kulaijaya; AEON Bandar Dato' Onn; Taman Universiti; Paradigm Mall Johor Bahru; KSL City dan AEON Bukit Indah.

SDS Café dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.



Sebagai hadiah perayaan jangan lupa mendapatkan produk kuih dan kek serta hamper raya dari SDS Bakery mengikut tema yang anda sukai bermula dari harga RM28.80 hingga RM34.80. Antara produk SDS Bakery adalah Nyonya Pineapple Cookies,  Chocolate Cookies,  Peanut Cookies,  Raisin Oat Cookies,  Makmor Cookies,  Mexico Cheese dan tiga pilihan kerepek iaitu Salted Egg Potato Chips,  Almond and Seeds Crisp dan Hazelnut Choc Cookies yang boleh didapati di semua cawangan SDS mulai 14 Mei 2019.


Tidak lupa juga kuih lapis SDS yang terkenal iaitu Kuih Lapis Prune,  Kuih Lapis Pandan dan Original bermula dari RM38.80 hingga RM75.80.




Hamper raya SDS bermula dari RM58.00 hingga RM278.00 dengan nama yang menarik seperti Mesra,  Ikhlas,  Harmoni,  Syawal,  Lebaran dan Sempurna yang setiap satunya pasti membawa makna dan kenangan yang manis untuk penerima.

SDS turut menyediakan perkhidmatan penghantaran hamper ke Johor Bahru dan Singapura dan dapatkan servis penghantaran percuma dengan nilai hamper RM300 ke atas.

Pesanan hamper raya secara dalam talian boleh dilakukan di official website mulai 3 Mei 2019.



Untuk maklumat lanjut tentang Hari Raya Hamper dan Ramadhan Meal, kunjungi Facebook SDS www.facebook.com/sdsgroups 

2 comments:

  1. ikan tilapia ituuuu memang sedap sangatt... kena betul dengan citarasa tekak seketul farahain.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. saya suka ayam berempah dan tilapia tu sedap lahai!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih