MAKAN DI GERAI PAK DIN MEE BANDUNG BANJIR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


KECOH pagi tadi dalam grup whatsapp kolej apabila seorang ahli grup berkongsi link akaun seorang pengguna TT yang katanya dah empat hari tak makan dan meminta simpati orang ramai untuk membeli roti dan air. Dapat RM3 pun jadilah, katanya. Bila ditanya, belajar di mana, dia mendakwa belajar di kolej kami pulak. Tu takpa, seorang VVIP  telah meninggalkan komen di post tersebut dan ramai pengguna akaun menyalin dan menampal semula dakwaan dia tu. Selepas disiasat, dia memang bukan pelajar kami dan posting tersebut juga telah dipadamkan. Sk percaya, ramai yang dah buta-buta bagi sumbangan sebab kesian. Scammer tu haishhh!



Okeylah, berbalik pada tajuk, ni sebenarnya rancang nak makan tempat lain tapi makan tempat lain. Macam biasalah, ia disebabkan tempat dituju tu tutup, kebetulan nampak gerai ni buka, lalu kami ke sini sajalah, malas nak ke tempat lain pulak. Gerai Pak Din Mee Bandung Banjir ni terletak di Ulu Pulai. Sk panggil Kampung Mak Jah (Keluarga Iskandar). Siapa yang tengok drama berdiri Keluarga Iskandar mesti kenal siapa Mak Jah, hehehe.



Kejadian awal tahun ni. Masa awal tahun ni banyak betul Sk mengelat, asal keluar makan, pesan minuman manis. Mujur la cepat datang insofnya.



Sk kelakar, kakak yang ambil pesanan tu tanya, pernah datang? Eh, dah macam nak mendaftar kat klinik pulak, hihi. Pernah, lamaaaa dah, jawab Sk. Sk terus pesan Mee Bandung Daging.



PI makan Mee Hailam. Sedaplah Mee Hailam tu.


Terpaling sedap, Mee Bandung. Tapi tu la, kenapa guna nama Mee Bandung Banjir sedangkan kejadian Mee Bandung haruslah banjir (berkuah). Sk suka kejadian telur dia, setengah masak gitu, gedik-gedik bila diacah-acah dengan sudu, heheh.


Tak kedekut bahan Mee Hailam PI. Sayur banyak, daging pun banyak. Selain daging, boleh pilih nak letak udang atau sotong jugak. Kira terubatlah perasaan bila tempat yang kita nak pergi sebelumnya tutup. Gerai pun luas dan banyak meja. Selesa la, parking pun banyak. InsyaAllah, kalau rasa nak makan Mee Bandung atau masakan panas lain, boleh datang sini lagi.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA setuju mee hailam PI dan mee bandung SK tu sedap sebab memang dari gambar nampak kesedapannya...sesekali cheating minum manis x pe SK...

    ReplyDelete
  2. Susah nak dapat mi bandung yang sedap. selalu aje tertipu. Boleh la try cari mi bandung Pak din ni nanti

    ReplyDelete
  3. Banjir sebab banyak bahan agaknya. Mee bandung memang sedap kalau telur gedik ada sekali. Kuah pekat melekat. Sedapnya

    ReplyDelete
  4. Scammer di mana2 sekarang ni. Sedap pulak nampak mi bandung tu lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. Aduiii sedapnya tengok Mee Bandung ni

    ReplyDelete
  6. Saya dah tak nak percaya dengan online beggars di medsos skr ini. Biasa scammers semua. Kalau mereka ada duit utk buat postingan atau apapun di medsos, berarti mereka ada duit utk beli kuota internet. Better buat makan 😛.

    Kaaaak, mie bandung dan hailam nya memang buat saya drooling laaah..... Penasaraaaan. Blm pernah rasa mi bandung. Mau tahu juga kenapa namanya mie bandung yaaa.sebab asal pun bukan dari Bandung sini 😄

    ReplyDelete
  7. Dah ramai orang scam macam tu, saya pernah ternampak di FB, minta duit juga, banyak hari tak makan. Tapi ada duit beli kredit data pula guna sosial media. Apo..
    Sedap tengok mi bandung tu. Meleleh ailio.

    ReplyDelete
  8. Scammer yg amik jalan mudah tipu org utk dptkan duit tu mmg tak akan tenang hidup nya.. Bak kat ust kat masjid hari tu.. tolong lah org yg dekat saudara mara atau jiran tetangga itu lebih afdal bahkan boleh jadi wajib.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!