JJCM PENANG - HARI 2 - PART 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


Bersambung lagi kisah JJCM Penang beberapa minggu lepas. Baru lagi kejadiannya, kan.. belum masuk bulan Februari lagi, hihi. 



Dari Georgetown, selepas membeli jeruk di Pasar Chowrasta, kami terus ke Batu Feringgi. Tujuannya hendak ke Santai-Santai Cafe yang terletak di Feringgi Bay. Teringat.. masa last datang Penang dengan Iman, dia nak sangat ke Feringgi Bay ni tapi masa tu dah petang sangat dan dah kepenatan, tak jadi pergi. Dialah yang kata tak payah, padahal Sk onz aje masa tu.



Ada beberapa kafe atau restoran di Feringgi Bay ni, kami pilih Santai-Santai Cafe. 


Cuaca panas berdenting! Kebaikannya gambar semua cantik-cantik.


Nama sahaja Santai tapi menunya tak santai ya. Pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk dipilih. Makanan berat pun ada seperti nasi dan lauk-pauk ala-ala kedai tomyam.


Harga sesuai dengan suasana.


Tanglung bergantungan menandakan Tahun Baru Cina dah dekat.



Minuman PI, Fresh Lemonade. Sebelum tu waiter hantar 7 Up, jadi bila dia hantar Fresh Lemonade ni Sk tak nak la, sebab Sk pesan lain. Rupa-rupanya, PI kata dia order dua air. Kemahennnn!



Santai-Santai Mocktail untuk Tuan Tanah Kedaung. Alaaa... bagilah chance sekali-sekala. Yang bawah sekali tu mango, tengah-tengah dragon fruit, yang putih tu kelapa kot. Tapi dari tekstur dia macam lassi, mocktail lain kot.



Kita pesan Fries ajelah nak santai-santai ajekan. Aaaa.. ni, walaupun PI yang ajak JJCM Penang, Sk yang susun itinerary. Kalau tak nak, lain kali jangan ajak jalan, ugut Sk, hehehe. Masalahnya ada syarat la pulak, siapa ajak kat tempat tu, dia bayar. Aisehmannnn!



Tak puas pandang laut membiru. Langit pun cantik sangat. Subhanallah!



Pengunjung semakin ramai. Malam-malam ada fire show depan ni, tapi kami tak tunggu la. Lepas tu dengar, tempat-tempat yang sebaris kami duduk dan depan sekali dengan pantai tu kena caj RM150. Berdebar-debar terus Sk sebab masa kami datang dan pilih meja tu, tak ada pulak staf beritahu apa-apa. Dahlah Sk yang kena belanja ni, hahaha.



Minta staf tolong ambilkan gambar. Nampak tak belakang tu ada bukit-bukit, itulah agaknya nama tempat ni Feringgi Bay. Air laut pun tenang di kawasan berteluk ni.



Aaa... nasib baik tak kena caj meja RM150 tu, haha. Sk rasa mungkin yang datang selepas pukul 6 petang tu yang dorang akan caj. Adoi, santai-santai macam ni pun dah 70 lebih, huwa huwa huwa.



Dari Batu Feringgi, kami terus balik ke hotel di Tanjung Bungah. Dekat jer dalam 10 - 15 minit. Mujurlah bukan weekend, jadi taklah banyak kereta pelencong-pelencong, hehehe. Dari hari pertama sampai siangnya, belum jumpa Nasi Kandar. Kali ni kami plan ke Restoran Nasi Kandar Beratur yang akan bermula jam 10 malam. Pukul 9.30 macam tu kami keluar. Dekat jer, kan.. belum pukul 10 dah sampai. Dari jauh nampak orang dah beratur.


Rupa-rupanya mereka dah ubah waktu perniagaan. Mulai 1 April 2022, perniagaan mereka dibuka jam 9.30 malam la. Beriya kami tunggu pukul 9 lebih baru keluar, sampai dah lapar teruks! Hahaha.


Sebelah restoran ada masjid.


Pelbagai jenis lauk-pauk yang hampir belum terusik. Sk rasa dah dua kali kot pernah makan kat sini. Dia kan setiap kali beratur tu, dok berzikirlah nak cakap nak lauk apa bila ditanya. Sampai gagap-gagap kadang-kadang, hahaha.


Satu yang tak best makan nasi kandar dekat mana-mana pun, pinggan dia kecik, 9" kot. Yang atas pinggan PI.


Lauk PI, Daging Masak Hitam, Sotong dan Ayam Goreng serta sayur kubis. Lama tak makan kat sini, tak jangka langsung dia letak bawang goreng last sekali lepas habis cedukkan lauk. PI pulak tak suka bawang goreng tu, tapi dah terlambat cakap masa dia tengah masukkan. Jadi, mamu tu keluarkan balik, adalah sikit tu yang tertinggal dalam pinggan. Bawang goreng dia garing dan tak berkaremel sangat mcam kat Nasi Kandar Imigresen. Sk suka ada bawang goreng tu. 


Tapi.... dah makan lama baru Sk perasan dia tak letak bawang goreng tu kat pinggan Sk. Mungkin dia ingat, Sk pun tak nak. Ah, ni lauk Sk pilih, Ayam Bawang, Telur Sotong, Sayur Kubis dan Cili Hijau Mentah. Lepas suap nasi, gigit cili tu, baru umph!


Dekat sini kita makan dekat kaki lima jer tau. Sistemnya layan diri, beratur, pilih lauk, bayar dan cari meja kosong. Pelanggan datang tu hampir serentak, kadang sekali beratur panjangggg, kadang tak ada yang beratur pulak. Tapi, kalau weekend memang panjang beraturnya. Jangan risau pasal meja sebab kalau meja penuh nanti mereka buka meja lain. Pelanggan pun semua datang makan jer terus balik.


Nasi Kandar Beratur ni kira penutup la entri JJCM Penang kali ni. Tak tahu lagi bila nak repeat, kena tunggu hujung tahun kot. Ni dah nak puasa, lepas tu raya. Raya tahun ni insyaAllah kat Johor sebab Iman dah intern, kan.. mesti tak ada cuti panjang. Lagipun nak simpan cuti sebab ada urusan dua majlis perkahwinan anak saudara PI yang bertunang dengan orang Temerloh tahun lepas. Dua kali majlis, dua kali la kena ambil cuti panjang, bukan dekat oi nak pergi, hihihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!