RESEPI PUDING PUJAAN HATI KANDA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RESEPI PUDING PUJAAN HATI KANDA

Assalamualaikum...


Dessert Sk berbuka sabtu lepas.  Resepi asal dari Nazharzan Nadz iaitu Puding Kasih Bertaut tapi yang ini kita buat versi single kita namakan dia Puding Pujaan Hati Kanda sempena drama rantaian favourite Pak Inche,  kah kah kah.. 

Resepi :
Bahan A
1/2 kotak santan + air (jadikan 1L) 
250 gm gula pasir
1 pek serbuk agak2 (clear) 
1 biji telur (dikocok) 
Masakkan semuanya sehingga mendidih, kacau sentiasa supaya tidak berketul. Dah siap,  masukkan dalam acuan bentuk bunga ros, biarkan membeku,  boleh simpan dalam peti sejuk dulu

Bahan B
1L air
200 gm gula pasir
50 gm gula melaka
2 helai daun pandan disimpul
1 pek serbuk agar2 (clear) 
Masak semua semua bahan di atas hingga mendidih. 

Agar-agar (Bahan A) tadi masukkan dalam acuan lompang atau acuan bulat atau apa2 acuan sesuai. 
Tuangkan Bahan B secukupnya.  Biarkan membeku dan sejukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk bolehlah keluarkan dari acuan. 

P/S Sejak pencen baking,  Mak Inche dah kehabisan pewarna,  nasib ada warna biru dengan kuning aje,  kalau pakai warna merah dengan pink cantik giler wa cakap luuuu! 

Resepi asal boleh tengok di sini

3 comments:

  1. cantik nya warna, memang tertarik lah mata memandang. sayang pulak nak makan, hehehehe

    ReplyDelete
  2. terus terliur..bleh buat utk raya gak ni kan..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih