CEKODOK PISANG BANYAK PISANG TEPUNG SIKIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


DULU.. Sk palinglah tak suka jika diminta Pak Inche membuat jemput-jemput pisang ni. Dipanggil cekodok, kan.. bagi Sk inilah benda yang akan menyusahkan Sk sebab sifatnya yang suka melekat di kuali, hahaha. Bila dah melekat tu, punyalah susah nak ditolak dengan sudip, kan.. lepas tu terkopak, cekodoknya pecah tak cantik sudah. Lepas tu makin melekat dan akhirnya hitam-hitam, hahahaha. Eiiii.. tak suka... tak suka. 

Rupanya diri sendiri yang tak pandai. Bukan salah cekodok tapi salah sendiri yang letak gula banyak-banyak bila buat cekodok. Dah pisang tu manis, campur gula banyak, berkaramellah, mana tak melekat-lekat. Bila banyak karemel,cepatlah hitam dan hangus. Eh, nak ambil gambar pun segan, hahaha. Dah kahwin pun tak pandai goreng jemput-jemput.

Sekarang, Alhamdulillah.. suka jer buat cekodok. Tapi tetap malas nak lenyek pisang, kahhhh. Cekodok ni SK buat guna pisang tanduk yang ibu bagi tiga minggu lepas kot. Tiga biji berjaya dimasak Pengat Pisang, yang lain plannya nak goreng jer tapi hari demi hari ada sahaja benda yang nak dibuat dekat rumah (padahal banyak tengok Korea jer). Sudahnya pisang tu sebahagiannya dah terlalu masak, apalagi.. lenyek laaa.

Sengaja tak lenyek bagi hancur terus sebab Sk suka tekstur pisang yang seketul-ketul tu. Tepung pun tak banyak letak sebab nak cekodok yang betul-betul rasa pisang. Campak gula pun dua setengah sudu jer ni, garam setengah sudu kecik. Suka cekodok yang ada rasa masin-masin sikit, hahah. Walaupun lembik tapi tak melekat di kuali. Walaupun tak bulat dan tak cantik tapi tetap laris. Pak Inche memang sukalah tu sambil layan gegar vaganza. Sambil hirup teh panas, oh.. nikmat yang manakah hendak kau dustakan katanya...


Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. terliur plk tengok cekodok pisang ni... nk buat jugak lah..

    ReplyDelete
  2. hehehe sbb manis pisang tu dah ada kan, jadi gula tak perlu byk pon..

    ReplyDelete
  3. sama, suka juga pisau ketul2 tu..eh geramnya tengok cekodok!

    ReplyDelete
  4. anak kita paling suka cekodok pisang ni.Tapi bila nak buat cekodok, pisang confirm cepat habis diorang makan dulu.Mana nak jadi cekodok..hahah..

    ReplyDelete

  5. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!