FACE MASK WARNA WARNI BY YUKA ZAN DARI WATSONS YANG SANGAT SELESA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

SEJAK diwajibkan berpelitup muka separuh sebagai salah satu usaha melindungi diri dari dijangkiti virus covid 19, banyak juga koleksi face mask yang Sk ada. Ada yang Sk beli dari kenalan, pasaraya, kawan sepejabat dan projek kolej, ada juga yang dapat percuma dari client Pak Inche dan NGO setempat. Antara jenama face mask yang mendapat tempat di hati adalah brand Durio dan Medicos. 

Brand Medicos tu Sk beli bulan Mac lepas sebelum PKP lagi, RM15 sahaja bagi 50 helai facemask. Tapi, tulah sekali jer dapat harga tu, sekarang memang tak dapat dah rege RM15 bagi jenama Medicos. Dah habis guna pun 50 helai, huhu. Brand Durio pulak semuanya dapat percuma sebab Durio ni client Pak Inche. Kemudian Sk ada jugak beli face mask RM10/ 50 helai di Mydin dan RM12/50 helai dari kawan. Nasib baiklah masa face mask harga yahudi tu, Sk masih ada stok, kadang nak jimat, Sk guna jer face mask recycle yang boleh dicuci.



Baru-baru ini, Iman asyik cerita di Watsons ada jual face mask colourful. Kiranya kalau biasa, satu kotak satu warna tapi yang ni, satu kotak lima warna. Cuma harga jer tak tahu berapa. Okey, jom kita ajak babah pergi watsons sebab stok vitamin C babah dan bonda pun dah nak wassalam. Bolehlah Iman nak selit dia punya face mask yang warna warni tu. Sekali umak aiiii, RM32.90 sekotak, hahaha. Mahei! 

Sekali, Iman cakap.. 
bondaaaa.. tadi, babah beli face mask puma dia aje, RM50/ 2 helai. 
Ni 50 helai tau, kata Iman. Apo??? RM50 dua helai???


Terus Sk ambil sekotak, hahaha. Bila sampai di kaunter, cashier tu terangkan bahawa face mask tu dijual sepeket-sepeket macam dalam gambar ni, setiap sepeket tu harga... sorry, Sk lupa.. haha.. tapi kalau kita ambil lima peket atau sekotak, cuma RM32.90. Ya, memang pun kami ambil sekotak masa tu, pening sekejap dengan penerangan dari cashier tu, huhu. Mungkin prosedur dia kena terangkan kepada pelanggan.


Tidak seperti kebanyakan face mask yang talinya putih walaupun pelitupnya berwarna, face mask by Yuka Zan ni tali dia sama warna dengan pelitup tu. Memang cun sangat, tak apolah mahal sikit kalau macam tu. Pelitup mukanya juga sangat lembut dan mudah kita nak bernafas, rasa macam kain yang lembut jer, sampai Sk boleh berlama-lama memakainya. Kalau kawan-kawan tak nak beli sekotak, boleh jer beli sepeket aje, dalam tu dah ada lima warna, merah jambu, biru muda, hijau, ungu dan kuning di mana setiap warna ada dua helai.

Ingat tau kawan-kawan, patuhi SOP, bersihkan tangan selalu dan gunakan pelitup muka ketika berada di tempat yang sesak dan ramai orang. Kita usaha mana yang terdaya, okey.
Semoga segera ditemui vaksin virus Covid 19 ini, Amiiinnn.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhh boleh tahan regenyaaa, kalau kita pakai buat jenjalan holiday Kak..
    Buat masa ni, beli kat al-ikhlas je sekotak rm5..sbb dalam rumah ni rameiiii hahahaha

    ReplyDelete
  2. so cute ! mcm2 color boleh padankan dgn baju and tudung lepas ni,tapi aduh.. harga dia..scary

    ReplyDelete
  3. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  4. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!