BELI MESIN BASUH BARU.. YEY!

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

TENGAH sibuk kerja, tetiba dapat call dari Iman tanya pasal mesin basuh. 

"Bonda nak mesin berapa kilo, babah nak belikan ni?"

Rupa-rupanya dua beranak tu dah meronggeng ke bandar cari mesin basuh baru, huhu. Pak Inche yang selama Sk hidup serumah ni, memang tahu sangatlah, dia agak pantang kalau benda-benda penting dalam rumah rosak. Pernah dulu, tv dia pagi tu tak hidup, dia boleh keluar, tengahari ada orang hantar tv baru. Lepas tu elok pulak tv lama tu hidup balik, huwa huwa huwa. Masa mesin basuh yang sebelum ni rosak pun cepat-cepat diajak ke kedai cari yang baru. Bukan.. bukan banyak duit ya, kalau dah mendesak macam ni, tahan ke nak angkut baju ke dobi tiap-tiap hari.. gituuu. 

Tak silap masa tu, Iman bagi pilihan, 8 kilo atau 12 kilo. Terus Sk pilih 12 kilo. Punya bijak lagi si Iman ni, dia paksa bapak dia beli mesin basuh front load yang menjadi idaman bonda, idaman dia jugaklah kan. Sebenarnya lepas beli mesin basuh yang rosak ni, SK rasa menyesal sangat kenapa tak beli mesin basuh muatan depan, tapi masa tu memang beza giler la rege muatan depan dengan atas kan. Sekarang pun beza jugak, tapi... Setiap kali basuh baju kat dobi, hati nakkkk sangat, haha. Macam ada satu ketenangan jiwa tengok mesin tu berputar, kahhhhh.

Dari pengalaman Sk cuci baju dengan mesin muatan atas (top load) di rumah dan mesin muatan depan (front load) di dobi, ternyata cucian dengan front load lebih bersih dan wangi. Kalau cuci baju kat rumah, macam kepam jer, sakit hati. Lagi-lagi kalau seluar-seluar slack warna gelap, berdebu dengan sabun, puas buat tub clean pun sama jugak hasilnya, tukar macam-macam sabun pun begitu juga.

Berbalik pada mesin yang nak dibeli tu, pre order ya. Akan sampai dalam dua minggu. Bila diberi masa dua minggu, SK okey jugaklah, adalah masa nak fikir macam mana nak clear bahagian yard yang dah macam store tu. 15 tahun duduk rumah ni, yard tu memang tak pernah reno dan masih dalam keadaan asal, jadi Sk plan nak bentang tikar getah dulu sebelum mesin sampai. Juga nak plaster semula bahagian bawah dinding yang pecah supaya lebih kemas, hahaha.

Tapi, dua minggu tu macam angin lalu aje ya. Tak tahulah apa disibukkan, simen dah beli, tikar getah dah ada, Cik Ani bagi, satu apapun tak buat. Dan petang Sabtu lepas, mesin pun sampai... pasrah jerlah letak dulu kat yard. Tu nasib baik Sk sempat beli alas beroda mesin basuh dari shoppe, senanglah staf deliver tu nak tolak mesin tu ke belakang dan sambung paip air semua. 


Mesin basuh yang disyorkan salesman di Harvey Norman. Jenama Brandt, Sk memang tak pernah dengar langsung pasal Brandt ni tapi Iman kata, staf yang entertain tu bagitahu, jenama brandt ni popular di Singapore. OIC... Janji  front load ko... 💙💙💙💙💙

Untuk pembelian ni, Pak Inche ada buat tambahan harga untuk tambah tahun warranty. Kata Iman, kalau kali pertama rosak, technician datang check, repair, kali kedua rosak, pun sama, kalau masih rosak lagi, dia akan tukar yang baru terus. Iyo iyo la tu, hahaha.. masak beno la dengan benda-benda ni, tapi harap-harap jangan ada problem laaaa... kan kubelai dan kujagaimu dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah, muahhhhhhhhhhh!

Tapi... ada jugak problem maaaaaaaaaa....

Bersambung...




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salaam, front loading pakai rubber ring.belah atas dalam rubber ring selalu kulat Hitam.

    Lepas basuh 4-5 per day of use loads, buat empty load drum wash legal bleach atau cuka jika air keras.
    Lepas Tu setiap Kali lepas basuh dedah pintu Kasi Kering dalam Dan rubber ring.

    👍

    ReplyDelete
  2. kita pon suke betul nengokkk mesin basuh cm gini kalau kat dobi. Hahahahhahahaah... tapii selagi boleh pakai mesin basuh ni...guna jelahh kan...

    ReplyDelete
  3. Lepas ni minta beli mesin pengering pakaianlah pulak

    ReplyDelete
  4. Aik...mesin basuh baru takkan ada problem?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!