Assalamualaikum...
SETIAP kali pergi ke pasaraya, pameran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau balik ke utara, pasti kami membeli pelbagai jenis rempah dan sos untuk kegunaan memasak. Walaupun realitinya taklah rajin memasak, tapi orang kata, kena ada usaha. Sk cukup kagum dengan orang zaman sekarang yang masih menggunakan cara tradisional untuk memasak. Yang masih menumbuk bumbu guna lesung batu tu memang SK salute la.. Sk ni selagi ada yang mudah, Sk mudahkan. Buat apa nak susah-susah kalau dah ada yang mudah. Pernah Sk baca satu forum di IIUMC, luahan perasaaan seorang menantu yang mana ibu mertuanya masih menggunakan cara konvensional untuk membuat kerja rumah sedangkan ada jer peralatan elektrik dalam rumah. Bayangkan, ada mesin basuh tapi cuci baju guna tangan, ada blender tapi tumbuk lada kering guna lesung batu, ada periuk nasi elektrik tapi masak nasi atas dapur gas.. haihhh!
Pes Stim Limau ini, Pak Inche beli semasa ke Kelantan, yang SK ada ceritakan sebelum ini. Sebab baru nak mencuba, kami cuma beli sebotol aje. Tapi ni dah cuba masak malam tadi dan ternyata sedap, lepas ni bolehlah kalau nak beli lagi, sebab memang sedap di tekak kami. Sosnya tu memang dah secukup rasa, masin, masam dan manisnya, tinggal lagi kalau rajin tambahlah aksesorinya seperti daun ketumbar dan hirisan limau nipis, tapi Sk semalam, lupa betul nak beli daun ketumbar dan limau nipis, togel-togellah ikan dalam pinggan, hahaha. Tu nasib baik rajin nak tambah bawang putih dan cili api yang dicincang.
Ikan Siakap kemahen besar ni beli di Kong Kong Laut, Masai.
Nasib baiklah muat dalam periuk kukus Sk tu. Disebabkan ikan ni agak tebal isinya, kami minta disiang bentuk butterfly dan SK kukus dalam 15 minit. Tengok mata ikan tu dah putih, teringat petua Sis Lin kalau nak tahu ikan dah masak ke belum, haha.. sebab dulu-dulu tak tahu pun nak tengok tang mata, ingatkan tengok tang isi, haha,, maceh Sis Lin kongsi tips.
Sos ikan tu pedas tau, bila cicip di lidah terasa panas di dada. Sk tambah air sikit bagi cair, jadi SK guna setengah botol aje. Tak perlu tambah garam dan gula memang dah secukup rasa. Sk tambahkan hirisan cili padi dan bawang putih cincang supaya nampak lebih bumbu. Di bahagian bawah ikan, SK selitkan beberapa batang serai dan hirisan halia yang tebal bagi membangkitkan aroma. Hurmmm.. memang sedap, boleh cari lagi pes ni simpan buat stok, rasanya ada nampak jual di hypermarket.
Cubalah!
pernah jugak guna ni , tapi tulah sebab pedas, sekali jelah guna..hahaha
ReplyDeleteYee Kak pes stim ni memang sedap, kita memang simpan buat stok, sebab ada kawan sini jual..
ReplyDeletePes tomyum pun sama..
Kekeke bakar ikan pun sama Kak, kalau mata ikan tu dah putih, masak le tu, tapi jangan le api besar, kang mata tak putih, isi hitam hangus hahahahaha...
ni kat opis saya pun ada kakak ni jual..satu botol boleh dua kali guna..tapi belum pernah try lagi...
ReplyDeletejauhnya kelantan.. ehh sunah punya kawan ada jual.. boleh try ni..
ReplyDelete