KAU TAK MASAK KE SK???

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

SIAPA kata???😆


Pengat Pisang Tanduk
ni masak malam-malam buat penganan sambil tengok tv katanya. Sebelum tu masak Sotong Masak Hitam untuk makan malam dilawankan dengan Kari Ikan Unga (lauk semalamnya) dan Sambal Belacan Kelantan. Oh, ya.. SK masak jugak Sotong Goreng Kunyit sebab Iman tak minat masak hitam. Tapi cuma pengat pisang ni jer yang diambil gambarnya, hehe.


Nak selit gambar Cili Api Montel yang Sk beli dari Projek Amal SMK Kangkar Pulai. Cikgu sekolah tu kawan lama Sk dan merupakan suami kepada seorang staf di kolej, jadi SK beli terus dengan kawan tu la. Sedikit info mengenai cili ini, nama sebenar ialah Cili Centil, harga tidak kurang dari RM15 sekilogram. Biji benih cili ini dijual dengan harga RM125/25 gram dan merupakan pilihan popular penanam cili fertigasi.


Pukul 1 pagi layan makan Quarter Pounder Mekdi, huhuhu.
Malam tu Pak Inche ada bola kat stadium Larkin, balik dia singgah mekdi Skudai, memang dah berapa hari tu ngidam nak mekdi, takkan nak tengok aje, kan.. nanti kecikkk hati Pak Inche, haha.


Hari Jumaat, Iman tak nak makan nasi tengahari, nak makan pasta katanya.
Kalau Blogger Ain dan arwah ibunya HANTU LAKSA, kami dua beranak pula hantu pasta, hahaha. Kali ni Sk guna sos prego berperisa ayam dan cendawan, tambah ayam lebihan masak Nasi Ayam Lengkuas tu, tambah susu supaya berkuah sikit, tabur chilli flex dan daun parsley cincang, semangkuk seorang sekali balun, haha. 


Masak Nasi Lemak, goreng telur lenggang (dadar), goreng ikan bilis dan potong timun. Sambal tu Sk tak masak. Tu Sambal Sotong Achik Dell. Pak Inche matik-matik ingat Sk yang masak sambal tu, kahhhhh.


Kari Telur, ni Sk ada cerita kat SINI.
Kalau masak kari telur ni, biasanya kena ada ayam goreng.
Rasa macam makan nasi daun pisang, hahaha.


Sarapan pagi, Lempeng Kelapa, Nasi Goreng Kampung dan Telur Separuh Masak.
Biasa makan roti ngan telur jer, ni terajin sebab ada nasi sejuk dan teringin nak makan lempeng dengan Sambal Tumis Bilis Achik Dell, hehehe.


Tak ingat ada post ke tidak, ni sarapan Mee Goreng Daging sebab sebelumnya ada masak Mee Bandung (tak ambil gambar). Jadi ada mee kuning dan daging lebih, Sk buat mee goreng daging. SK ni penggemar mee goreng tau. Terutama mee goreng kantin sekolah, hahaha.


Alaaa.. yang guna tepung besatari tuuuu... Orang malas macam Sk ni memang macam ni jer la masaknya. Semua biasa aje, nak yang luar biasa, kita serahkan pada yang pakar (makan kedai la tuuuu)
Jangan lupa patuhi SOP, cuci tangan atau sanitize selalu dan pakai pelitup separuh muka, okey.
#kitajagakita

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Samalah kita hantu pasta dgn anak. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. uiii mee goreng kak seri tu mengancammmmmmm

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnyaaaa Bonda. Rindu pulak dekat semua orang.

    ReplyDelete
  4. Salaam ..Pisang tanduk kukus Dan makan dengan kuah custard. Sedap..

    Pengat sedapla..

    Rahmat disebalik ujian covid, anak bersama keluarga.

    The unit back in group again.👍🙏👌

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah lamaaa tak makan mekdiiii.. huhu.. Semua masakan kak Seri nampak menyelerakan..... lapo pepagi niiiii.. lempeng pun dah lama sy x mkn...

    ReplyDelete
  6. sngtlah menyelerakannn.... lunch time ni time tgk lapo

    ReplyDelete
  7. kaaa kan dah berderet bukti masak kikiki

    ReplyDelete
  8. Jawapannya masaklah
    Tenguk tu berderet makanan.

    ReplyDelete
  9. haduiii..pengat pishang tu so sedap la kak!!

    ReplyDelete
  10. Kita selalu masak tapi kadang2 tak sempat nak amik gambar nak share kan...kalau biasa makan kat luar sure org ingat kita x masak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!