PERKARA YANG PERLU TAHU KALAU NAK BELI MESIN BASUH MUATAN DEPAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

NAK sambung kisah beli Mesin Basuh Muatan Depan atau Front Load. Sk cuma nak kongsikan dengan mereka yang merancang untuk membeli mesin basuh muatan depan, perkara yang perlu anda ambil tahu jangan semata-mata mengharap kepada pekerja syarikat yang menghantar barang ke rumah semata sebab bukan semua mereka ni tahu tentang barang yang dihantar. Dahlah tak tahu, kerek pulak tu, geram aku!

Sebelum tu, Sk nak kongsikan tips dari seorang pembaca yang ingin dikenali sebagi G, terima kasih G yang berkongsi tips penggunaan mesin basuh muatan depan. Ini tips dari G ya..

"Salaam, front loading pakai rubber ring.belah atas dalam rubber ring selalu kulat Hitam.

Lepas basuh 4-5 per day of use loads, buat empty load drum wash legal bleach atau cuka jika air keras.

Lepas Tu setiap Kali lepas basuh dedah pintu Kasi Kering dalam Dan rubber ring."

Pasti akan Sk amalkan tips dari G ni, kalau boleh biarlah mesin basuh ni tahan sampai Iman pulak ambil alih, hihi. Kalau boleh, Iman tu takyah dah nanti beli home appliance dah, beli makanan cukup makan sudah, hihi.

Berbalik kisah Sk beli mesin basuh ni, kita semua maklum bahawa panjang water hose atau salur air bagi air keluar kebanyakan mesin basuh adalah standard iaitu lebih kurang satu meter aje kot. Tapi, Sk tengok salur air keluar mesin baru ni, agak panjang jugak, tetapi walaupun panjang, ia tak cukup panjang untuk sampai ke lubang air lantai rumah Sk. Kiranya, kalau Sk letak mesin basuh ni rapat ke belakang dinding, air basuhan akan melimpah ke lantai sebab salur tu tak masuk dalam lubang. Jadi, memang kena kedepankan mesin basuh tu tapi masih juga tak dapat capai jarak yang cantik untuk masukkan salur tu. Lalu, Sk pun tanyalah dengan staf yang hantar mesin tu..

"Salur tu memang tak boleh sampai masuk lubang ek?" Sebab Sk nampak masih ada sedikit bahagian salur tu terikat pada body mesin.

"Eh, boleh.. kalau akak nak panjangkan, saya boleh buka turunkan...", jawabnya selamba sambil terus membuka skru yang mengikat salur air tu. Maka, berjayalah masukkan salur air dalam lubang lantai.


Rujuk gambar, asalnya hose air keluar tu terikat di sini, dia buka skru tu dan keluarkan hose tu dari situ turunkan. Sk pun lega la bila tengok hose tu dah boleh masuk dalam lubang terus, takyah lagilah nak beli hose lain yang lebih panjang. Lepas tu dia test mesin basuh, air boleh masuk, mesin on, dia pusing-pusing knob tu tapi tak terangkan apa-apa sangat, dan dia tinggal mesin tu berputar. Dia cakap test tiga minit, tiga minit dia tu tiga jam okeh @#$%^&*!!


Lepas mesin tu berhenti, Sk terus cuci baju kotor yang taklah berapa banyak, sajalah kan nak test mesin baru. Sk ni pulak, masih tak puas hati dengan panjang hose tu sebab tak masuk sepenuhnya dalam lubang lantai. Dengan bijaknya, Sk pergi potong cable tie yang mengikat hose tu, haaa... baru masuk betul, dalam hati fikir, takyah dah beli extension hose. Tapi, Sk pelik, mana pergi sabun yang Sk masukkan, langsung tak ada buih pun dan air cucian pun tak banyak. Lepas tu mesin berhenti macam hang! Display keluar E10. Disebabkan tak nak memeningkan kepala Pak Inche, SK dok pusing-pusing knob program tu, kenapa dia cuma buat task cucian sahaja, lepas tiga minit dia keluar E10, berkali-kali. Sk pun mesej staf yang rekomen brand brandt ni, kan. Sk tanya, macammana kita nak set mesin ni auto, maksudnya, ia boleh buat semua task, wash, rinse & spin. Dia kata, semua program ada wash, rinse dan spin. Tapi Sk pelik, sebab lepas cuci tiga minit akan keluar E10. Sebab dah berkali-kali mesin dok wash wash wash, Sk ambil keputusan untuk terus pilih program Spin only, siaplah basuh baju pada hari pertama dengan perasaan yang keliru dan sebal.


Esoknya, balik kerja, Sk cuba lagi cuci baju lepas puas study buku manual malam semalamnya. Kali ini, Sk pilih program Opti 45 min. Apa yang Sk faham, untuk program ni, dalam masa 45 minit, dia akan cuci, bilas dan perah baju kita. Kiranya untuk cucian biasa la, kan. Jadi, lepas masukkan sabun, Sk pun tekan butang play dan mesin pun mula gedek gedek gedek, air pun masuk... nampak macam dah okey ni, legaaaa.


Lepas tu Sk tinggalkan, dengar dari jauh macam senyap aje.. datang dekat.. eh, dia keluar lagi lah E10 tu, diorang ni hantar mesin yang bermasalah ke aku yang bermasalah tak faham ni. Oh my my.. marah ni.. dah lah penat balik kerja, terus Sk mesej staf HN tu, namanya En Zamri. Nak tanya baik-baik aje.. tak molah terus nak melenting kan.

Nak share screen shot ke?? Hehehe.. tak payahlah ya.. biarlah SK kongsi intipati mesej jer.
Sk tanya En Zamri tu, kenapa lepas 4 minit cucian, display paparkan E10, E tu tahulah, mesti ada error, masalah problem apa.. tu yang nak tahu?


Haaaaaa.... inilah masalah problem yang sebenarnya dicetuskan oleh staf yang hantar mesin basuh ni. Ingat tak bila SK minta panjangkan salur tu, dia jawab apa. Tengok semula gambar pertama. Kan dia buka skru dan turunkan water hose tu. Menurut En Zamri, bagi mesin basuh muatan depan, water hose tu mesti kekal di situ dan tak boleh diturunkan langsung. Water hose perlu naik dulu baru turun dan selalunya memang akan sambung hose lain untuk salurkan air basuhan ke lubang lantai.


En Zamri hantar gambar ni buat rujukan Sk. Menurut beliau, jika turunkan hose tu, air yang masuk mesin akan terus keluar. Maka sistem akan error. E10 tu sebab air basuhan yang masuk terus keluar, patutlah Sk punya sabun semua hilang, huwa huwa huwa. En Zamri suruh Sk pasang semula water hose tu masukkan semula dalam ring berskru tu. Lepas dah masuk tu, tekan play, terus mesin basuh tu boleh pusing balik dan berjaya siapkan cuci baju. Lepas tu dia pesan beli water hose lain, sambungkan dengan water hose dari mesin basuh tu untuk masukkan ke lubang lantai.


Esoknya terus cari hose sambungan di Mr DIY. Hose bagi mesin basuh muatan depan ialah yang kecil dan comel. Hurmmm, nasib baiklah ada darah Tun Tijah yang mengalir. Sebab Sk memang tak nak bagitahu Pak Inche masalah ni, sebab tak nak bagi dia sakit kepala. Cukuplah sakit kepala keluarkan duit jer, hahahaha.


Balik rumah, terus Sk naikkan water hose ni masukkan dalam benda bulat yang ditunjukkan dengan anak panah tu. Entah apakah namanya pengikat tu, hahaha. Patutlah dia ada kat keliling bahagian belakang mesin basuh tu, rupanya ada sebab penting, bukan suka-suka hati aje nak turunkan water hose tu.


Dah sambung water hose lain terus ke lubang. Sekarang ni baru tahu, mesin basuh muatan depan kena pastikan water hose outlet (salur air keluar) dipasang macam ni, tak boleh terus turun. Sk cakap dengan En Zamri, sepatutnya staf yang hantar mesin tu mestilah tahu pasal perkara ni, kenapa dia boleh buka dan turunkan pulak salur air tu bila Sk minta panjangkan.. patut dia boleh cakap..

"Tak boleh, kak. Kalau saya turunkan water hose ni, nanti mesin akak error, sebab air yang masuk terus keluar. Akak kena beli hose baru untuk sambungkan dengan water hose asal," Betul tak?

En Zamri kata, dia pun pelik... haha. Kalau En Zamri pelik, saya lagi pelik laaa.. hahaha.

Alhamdulillah, dah selesai dan faham cara nak kendalikan mesin basuh ni. Yang best baju-baju terutama tuala dan t-shirt tebal dah tak bau kepam. Seluar-seluar gelap dah tak bercapuk dengan sabun. Yey!!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seriously, kita klu nak beli something tu make sure ada knowledge sikit kan.. klu tak.. mmg teruk bila ada yg error .

    ReplyDelete
  2. Hehehehe Saya dah bertahun guna mesin muka depan, dan saya beli sabun dan getah untuk mencuci mesin dalamnya seminggu sekali je kak..
    Sebab saya punya tidak kering terus, kena masuk dryer sebelahnya.sebab dulu saya survey kalau satu mesin buat kerja sampai spin, makan masa lama nak mencuci, tu yang Suami beli dryernya lain.. cucinya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, lin.. yg ni pun bukan sekali dgn dryer, mesin Lin pun sampai spin tu, spin tu perah, dryer tu kering. Setakat ni belum ada keperluan nak beli dryer sebab kalau kat Msia ni sidai sehari dah kering. Nanti datang musim hujan datanglah berangan nak ada dryer, hahaha

      Delete
  3. info yang bagus, mana tahu lepas ini guna mesin baju bukaan depan plak.

    ReplyDelete

  4. menang dengan mudah bermain di IONQQ
    ayo segera daftar dan coba
    WA; +855 1537 3217

    ReplyDelete
  5. Boleh tahu sis pakai sabub baju jenis mana?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!