BILA KUCING YANG KAU SAYANG ROSAKKAN MESIN BASUH, NAK BELASAH TAK???

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

BAGI pencinta kucing (apa kena mengena pulak kucing dengan mesin basuh?), kucing memang boleh menghiburkan bila kita di rumah. Ibaratnya macam orang ada anak kecik, atau atuk dengan cucu, ada saja keletah mereka yang boleh buat kita ketawa, tapi jangan tataw, di sebalik semua itu ada juga kelakuan mereka yang boleh menyakitkan hati, grrrrrrr!

Mesin basuh Sk, rosak dua minggu lepas, gara-gara perbuatan kucing yang mengorek panel digital mesin basuh muatan atas yang rasanya belum pun sampai 5 tahun kami gunakan. Ini bukan kerja Nobit dan adik-adiknya tapi kerja Cik Lang dan Ponti sebab dulu setiap malam memang kami letak dua beradik ni di yard setiap malam. Tiap malam la kerjanya mengasah kuku pada panel tu, walaupun dah puas ditutup dengan macam-macam, bukan main bijak dia tolak supaya boleh main kuku pada panel yang lembut tu. Penyudahnya, tiga minggu lepas, mesin tu mula meragam, susah nak hidupkan. Kena tekan lama-lama atau cari punca suis tu, barulah mesin dapat dihidupkan. Dan yang paling tragis, dua tiga hari lepas tu dah tunjuk sistem error, tak boleh bilas dan keringkan, baju basah berlonggok dalam mesin. Tekan butang mana, pun dah tak berfungsi. Ponti!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cik Lang!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Memang dua ekor bertuah ni yang suka memanjat atas mesin tau 😾😾😾😾😾😾😾😾


Nilah rupa panel mesin basuh Sk, dah tercabut ya atas tu, reput semua jadi serpihan. Masa beli mesin ni ada 2 tahun warranty am dan 3 tahun warranty untuk panel, tapi tak boleh buat apalah, sebab warranty panel pun dah tamat tempoh tu. Satu lagi, kalau beli mesin basuh, toksahlah percaya sangat 13 tahun motor warranty tu, sebab katalah motor mesin tu rosak dalam tempoh 10 tahun pakai, bila ke kedai, dia akan jawab, spare part motor ni dah lama, dah tak ada, haaaaaaa.. gituuuuu.

Bila Sk beritahu Pak Inche, mesin basuh rosak, pasal Ponti dan CikLang, ehhhh, dia boleh gelak. Ikutkan hati SK memang nak belasah ajelah, haha, tapi.. mana mungkin sampai hati ooo nak belasah budak berdua tu. Tak tergamak rasanya, pasrah ajelah dengan haiwan yang kurang berakal ni, kita manusia yang berakal ni siapa suruh rajin no bela kucing, padan muka! hahahaha. 
Nak tukar panel tu, katanya RM300, tu baru barang kot, belum upah buat. Kalau pandai buat sendiri, tak apo laaa... rasa macam boleh jer nak buat sendiri, tapi M tu beso sangat.

Maka, ke dobilah kita membasuh baju.. agagagaga. 

p/s Mungkinkah ada pengganti yang lebih baik?? Tungguuuuuuuuuuuuuu....


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahahaha...nampak sangat Pak Inche sayang kucing dia tu sampai gelakkk...kalau Suami Lin, mau di tibai kasi cium dengan stokin baru balik keje dia tu hahahahahaha...
    Nampak gaya, ada can le tu tukau yang baru..Imannnnnnn cuci baju!!!

    ReplyDelete
  2. Cari pengganti..... tapi nanti budak berdua tu usik lagiiiii.. acano cite diaaaaaa??? hahahaaaaa

    ReplyDelete
  3. susah ni susah nak dpt solutionnya haha

    ReplyDelete
  4. hahahaabahahaa.. dasyat betulll sampai jahanammm cm gituu..

    ReplyDelete
  5. Pak Inchik gelak...sabar jer la...kalau SA memang mengamuk and mintak baru jugak tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!