MAKAN DI CHATRI SIGNATURE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


HAMPIR terlupa nak post tentang kisah Makan di CHATRI SIGNATURE sehinggalah ternampak seorang rakan fb post gambar makan di Chatri ni. Biasanya, kalau kami singgah makan restoran masakan Thai ekslusif macam ni, mesti Pak Inche la tu yang dok menelaah. Sebab kalau Sk ni, lebih kepada western dan cafe, hihi. Yang berdiri dalam gelap tu, bos Chatri merangkap chef. Lepas makan, siap hantar kami sampai ke luar, sungguh menghargai pelanggannya. Aduh, kenapa kecur masa menaip ni, teringat-ingat pulak keenakan masakan di Chatri ni, haha.


Dekorasi dalaman restoran membawa kita bagaikan berada di negara gajah putih. Kebanyakan hiasan dan bingkai yang tergantung dalam restoran menampilkan ciri-ciri klasik dan tradisional siam diiringi lagu berirama tradisional mereka. Suasana sedikit sunyi, musim pkpp ni masih tak ramai yang nak pergi makan luar apatah lagi kebanyakan restoran dengan konsep begini biasanya hanya dikunjungi pengunjung dari seberang tambak dan pekerja kulit putih dari luar negara. Memang sungguh terserlah kesunyiannya.


Namun, kehadiran ikan-ikan laga yang diletakkan di setiap meja, seolah menghiburkan hati tetamu. Ralit melihat si ikan berenang sambil mengembangkan sirip dan ekor dengan bangga seolah dialah raja.


Ikan laga ni dengarnya tak boleh berdua, kena duduk sorang-sorang jer supaya tak mengakibatkan pertumpahan darah, hahaha. Tapi, bila dah nak makan tu kami mintaklah pramusaji tu alihkan ikan ni, takut nanti termakan tomyum ikan laga hidup pulak, haha.


Baby Kailan Goreng Sos Tiram, sayur wajib kan. Mesti ada atas meja, kalau tak ada kailan ibarat makan nasi tak ada kicap jalen, hahahaha. Tapi rasanya biasa aje la, yang sedap tetap di Restoran Yeo Sekeluarga.


Siakap Stim Limau.. sedap jugak tapi dia macam ada kureng sikit la.. sos ikan tu biasanya kami jumpa cair, yang ni agak pekat mungki ada campuran tepung jagung. Rasa dia cuma masam dan masin, patutnya kena ada rasa manis sikit, tentu lebih sedap.


Lagi lauk wajib kami, Sotong Telur Masin la...
Yang ini dia buat secara deep fried, betul-betul sedappppppppppp.. nyummy sangat, krup krap krup krap.. eh, memang sedap sangatlahhh.. nampak tak kesedapannya tak terluah dengan kata-kata tu, hahaha.


Udang Petai.. tak henti menyudu sambal dan petai dia. Memang terlalu sedap di tekak Sk dan Pak Inche. Iman pulak tak makan petai, pun dia kata sedap. Aroma daun kunyit yang ditabur atas tu lagilah membangkitkan rasa sambal tu tau.


Tomyam Khung Khang.. hehe.. bukanlah.. SK lupa nama menu tomyum ni.
Pun sangat sedap. teringat-ingat sampai sekarang. Dah namanya autentic Thai, rasa masakannya memang agak istimewa dan menggunakan bahan yang premium. Tetiba terindu pulak dengan lauk-lauk dia. Oh, ya.. menurut chefnya, kalau kita nak request masakan yang tak ada dalam menu pun boleh dia masakkan, kiranya memang expert masakan Thai la..


Chatri Signature

11 & 15, Jalan Eko Botani 3/7, 79100 Gelang Patah, Johor

Telefon 012 4877948

Buka setiap hari 11.30 pagi hingga 10.00 malam

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tomyum tu nampak shedap kak seri..haish..minat kita kalau dapat hirup tomyam pekat macam ni

    ReplyDelete
  2. Sambal udang petai dengan tomyam tu nampak menyelerakan betol lah. Haishh susah lah masuk blog akk ni nampak makanan sedap je hahahah

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaa tomyam dia nmpk sedap gila ...

    ReplyDelete
  4. sedapnya! termakan ikan laga tu naya jugak tu hahaha

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap la..terus lapar jer perut SA...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!