MAKAN DI AUGUST CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum... 

LAMA Sk dan Iman memendam rindu untuk melayan perasaan di August Cafe yang terletak di pusat bandaraya dalam lorong Bazar Karat. Tapi,  malas nak ke sana sebab susah untuk cari tempat letak keretaa..  haaa..  Padahal banyak jer kawasan letak kereta tapi ialah,  bercampur dengan malas sekali lagipun kadang jer datang rindu,  hihi.  Jadi,  bila nampak August Cafe dibuka di Educity Nusajaya,  terus plan nak pergi dengan Iman hari ini.  Tapi,  rezeki datang awal bila Pak Inche pun nak ikut kami ke sana,  ialah,  selalu manalah dia nak pergi sangat makan di cafe ni,  kan..  

Jadi,  tengahari semalam,  sengaja Sk tak masak untuk tengahari sebab plannya nak keluar beli barang dapur.  Terus Pak Inche kata,  kita makan dulu di August Cafe.  Iman terus cakap,  nanti dekat sana babah jangan cerewet pulak,  itulah tak kena,  inilah tak kena..  hahahha.  Iyeeee...  nanti ada jer yang tak betul,  cawan kecik la,  meja sempitla..  kerusi takde sandar laaa, matcham matcham kerenah,  huhu. 


Memang betul pun,  haaaa.. cawan kecikkkk katanya.  Ice Lemon Tea untuk Pak Inche datang dalam botol dan disertakan bersama satu cawan kecil yang telah siap dibekukan ais. Jadi,  kenalah tuang air dalam cawan tu untuk minum,  hipster katanya,  hahaha. Untuk Iman,  Berry Coffee tu,  sedap sangatlah dan Sk pilih Rose Latte,  tapi tak ada pulak kudup rose cuma adalah rasa rose. 


Iman mula nak makan Beef Salai Masak Lemak Cili Api with Pasta tapi hatinya nak makan nasi.  Maka,  rezeki Iman semalam,  Nasi Putih dengan Buttermilk Chicken.  Sedap juga. Oh ya,  masak lemak daging saalai tu,  kalau kita nak gantikan pasta dengan nasi pun boleh. 


Sk pilih Pink Salmon.  Kunun macam diet ek?  Tak ado maknanya..  Bawah salmon tu ada setengah mangkuk kentang lenyek kot,  hahahah.  Eh,  sedap tau menu ni,  presentation pun meletops! 


Bersebelahan August Cafe ni,  Del's Kitchen yang menawarkan menu local.  Tekak melayu macam Pak Inche nak cari masakan yang pedas dan berkuah. Dalam mangkuk ni,  Mee Hun Singapore..  sedap,  memenuhi  selera tekak Pak Inche,  sampai licin mangkuk dihirup supnya. 

Burpppp..  Alhamdulillah.. 

 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Yaaa Kak kalau kat bando tu susahnya nak park.. lama juga tak ke sana.. kita suka kek dia, alaa lupa nama kek tu laaa, tunggu Sunah masuk, haaaa masukkkk!!

    ReplyDelete
  2. Kentang lenyek dahlah sedap kan? Babai diet..hahaha

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pink salmon! Tak kisahlah bawahnya ada selonggok kentang lenyek... janji sedap...ahaks!

    ReplyDelete
  4. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  5. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!